Sunday 21 July 2013

Carutan Result Aku

Baru-baru ini aku terbaca pengumuman mengenai tarikh result semester dua akan keluar atau dipaparkan di portal rasmi e-smp UPM pada 26 Julai 2013. What?? Sebut je pasal result, jantung aku akan mula memainkan rentak lagu yang aku sendiri tak faham. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku. Sentiasa akan mula gelabah bila setiap kali sebut je tentang result. Walaupun aku tahu aku dah buat sehabis baik mahupun tak buat baik langsung untuk exam tuh. -.- Perasaan takut dia tetap sama. Jantung pasti akan berdegup kencang.

Result is coming soon!!

And as I recall back the whole semester before, aku mula sedar yang aku tak letakkan harapan tinggi pada result aku untuk semester dua ini.

Semester satu merupakan semester untuk aku adapt dengan suasana and orang-orang yang ada. Make new friends, join games and activities, biasakan diri dengan kos yang diambil. *konon* Hahaha. And perancangan aku berjalan dengan lancar. Semester satu diharungi mengikut apa yang aku rancang. Eventhough the result for semester satu agak suam-suam kuku, aku masih mengangkat tangan ke langit sambil mengucapkan tanda syukur kerana cabaran for the beginning is hard as that. Untuk adapt dengan suasana dan benda baru ditambahkan dengan budaya baru, tak semudah yang disangka. Alhamdulillah, aku berjaya. Walaupun tak cemerlang, tapi dah boleh tarik nafas lega. Fiuhhhh.

The reason why aku tak letakkan harapan tinggi untuk result semester kali ini ialah rancangan aku berjalan tidak seperti aku harapkan. My planning for second semester was after I survive the adaptation with the new environment, I can score very well during the second semester, so that I can improve my pointer during the first one. Tapi betullah orang cakap, "Kita merancang, Allah pun merancang. Dan rancangan Allah lah yang terbaik. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang."

Something happened in my life during that semester. During this things happen, aku mula terkapai-kapai mencari arah *ayat memang kasi hiperbola* hahaha. Yes, aku rasa waktu tu, bila aku hilang satu benda dalam hidup, aku hilang segala-galanya. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Ustaz Asri. Petikan kata-katanya dalam ceramah beliau bertajuk 'Mencari Sakinah.' - "Kadang-kadang manusia bila hilang satu benda dalam hidup, dia ibarat hilang segala-galanya. Bukan salah mengharapkan sesuatu yang dah tak ada dalam hidup. Tapi salah bila kita lupa pada apa yang diberikan oleh Dia pada kita yang sedia ada ini dah cukup besar nikmatnya." Apa korang ingat aku tak reti nak dengar ceramah ke?? Tak payah buat muka terkejut. Hahaha.

Kata-kata ini amat besar impaknya pada aku masa itu. Bila aku ditimpa masalah, aku rasa semua yang datang pada aku masa itu, bermasalah bagi aku. Hahaha. Betapa teruknya aku masa itu. Tiba-tiba aku rasa diri ini tak matang dan mula rasa sedih dengan hidup. 0.o How jerk am I that time. I stop writing and updating blog, aku berhenti bersosial di laman sesawang. Otak aku jammed dan fikiran aku serabut. Aku banyak habiskan masa untuk berfikir dan mencari diri aku sendiri. Hahaha. Sound pun dah macam loser. Orang kata, kalau kita tak pernah rasa sakitnya kegagalan, kita takkan rasa nikmatnya suatu kejayaan. :)

Aku pun bukan jenis suka share masalah dan memberitahu segala bagai di laman sesawang mahupun secara terbuka. Just not my style. Haha. *konon macam macho* But sometimes I just can't stop myself untuk rasa sedih dan crying dengan apa yang terjadi. Hahaha.

After aku bersusah dan berpayah untuk survive dan terima kenyataan yang aku kalah audition akademi fantasia, aku pun mulakan hidup baru dengan azam dan impian yang baru. Hahaha. Aku akan tukarkan mode hidup aku kepada Syafa yang cheerful, happy-go-lucky and banyak merepek sepanjang masa. Haha. Bosan jugak hidup jadi orang sedih dan tak ceria ni kan? Jadi, aku pun buat keputusan akan kembali bergiat aktif di dunia blogger setelah agak lama berbincang dengan manager aku. *konon ada manager, ada aku kisah kan?* Dan aku pun tak berapa pasti berapa lama plak semangat aku nak kembali aktif ini akan kekal lama. Tahu je lah. Sejak azali, aku tak pernah ada hobi tetap. Berubah setiap masa. ^^

Tak sabar rasanya tunggu result aku tu keluar. Apakah yang bakal aku terima? Memang lah nervous tapi I want to know berapa banyak aku dapat score dalam keadaan aku yang nazak masa itu. Haha.

Baiklah, masa berbuka pun sudah tiba, walaupun masih ada sejam lagi sebelum waktu berbuka, rasanya tak salah untuk aku tunggu di hadapan meja makanan sambil berharap waktu berbuka akan tiba lebih awal dari biasa. Muahaha. Selamat berbuka semua!!

p/s : Someone had said to me, 'hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.' Yes, it's true. :)

3 comments:

  1. so syafa, how's your result? wanna share with me? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sesiputsesedut alhamdulillah kak. lebih baik dari yang dijangka. akak mcm mn? okey? :)

      Delete
  2. alhamdulilahhh. gudluck syafa

    ReplyDelete