Friday 15 July 2011

Exam Itu Indah

Pada suatu hari,di hujung sebuah bandar Banting,tersergam betapa indahnya Kolej Matrikulasi Selangor. Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing pada pagi itu. Dalam khalayak ramai, terlihat seorang pelajar comel yang terkedek-kedek menuju ke kuliah kimia.

Melihat pada wajahnya seperti cuba menggambarkan sesuatu dari lubuk hatinya yang dalam. Mungkin dia sedang mengingati formula-formula kimia ataupun sedang menghafal terms biologi. Detik hatinya. Tetapi akui lah dia sebenarnya sedang berfikir tengahari nanti nak makan apa.

Tidak lama kemudian,kelihatan pula wajahnya tersenyum sipu. Oh,ini mungkin dia sudah berjaya menyelesaikan masalah matematik. Tapi,malang sekali,andaian itu jauh terpesong kerana dia tersenyum mengenangkan akan pulang ke kampung menemui orang tersayang tanpa menghiraukan akan masalah-masalah matematik yang masih belum diselesaikannya.

Tiba-tiba,hujan mencurah-curah dari langit menimpa-nimpa setitik demi setitik pada hujung lengan pelajar ini. Dia mendongak ke arah langit dan mengagumi ciptaan Illahi.

Sewaktu pulang ke bilik,dia pun mula berbaring-baring di atas katil sambil matanya melilau memandang ke sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada kalendar yang tertampal pada notice boardnya.....

Dia terpaku.....

Dia mula keresahan.....

Lalu bangkit dengan pantas dari katil......

Dan menghampiri kalendar sambil membelek-beleknya lagi.....

Lalu berkata....

Oh,tidakkkkk!!!!!!!!

Macam mana aku boleh tak sedar exam pertengahan sem minggu depan!!!!!

buat muka pura-pura terkejut exam dah nak dekat.

Thursday 14 July 2011

Indahnya Hari Minggu

Balik perak. Rasa gembira tak terkata. Setelah hampir dua bulan aku terdampar terkapai-kapai di sini. Alangkah sedihnya hatiku mengenangkan ibu di kampung nan indah lagi permai. Oh,ibu! anakmu di sini merindui mu.

Terima kasih kepada mu yang tolong membeli tiket bas itu! aku sangat menghargai titik peluh mu itu. Kerjasamamu ku dahului dengan ucapan terima kasih.

Jumpa di Perak.

p/s: luahan perasaan dah lama tak masuk kelas Bahasa Melayu. Oh,SASTERA!

Monday 11 July 2011

Speaking Test-MUET

MUET!

Speaking Test..

Madam puji aku..(siap sebut nama aku lagi tadi) ngee..Group aku dapat markah tinggi...

Fuuyoohh...!hahaha. hati gembira lalalala~

Aku tak pandai bi pun cuma tadi aku buat muka confident jerk...

Salah betul letak tepi..yang penting confident!!<--tips untuk orang bakal ambik MUET!

Yang penting jgn lupe buat preparation last minit untk meningkatkan muka konfiden anda!

Gudluck!

Thursday 7 July 2011

Labah-Labah

Dah lama tak menjenguk2 blog aku ni..Dah lama dibiarkan bersawang..shuh2..<--konon halau labah-labah. (:

Bukan taknak update,bukan takde cerita,sumpah banyak! Tapi aku takde masa. Kalau ada masa,aku malas nak pergi online. Aduh,kalau dah dapat katil tu lebuh! ZzZZzzzzzz~

Maklumlah,i ni budak kolej,tak payah ada laptop pun takpe. (bukan ada laptop pun!) bukan macam budak universiti yg buat assignment segala pakai laptop mcm u! hahaha.

Hidup kat sini tak pernah bosan,bukannya syok mana pun tapi tak sempat pun nak rasa bosan. Waktu tu pack sangat. Serius.. Tapi kadang-kadang memang selalu ingat rumah..hahaha.kadang2 tapi selalu. Dah sewel. Tapi sumpah rindu! First time tempat belajar luar dari perak..

Petang ni aku ada selection basketball wakil kolej! Doakan aku.!

Tak boleh nak merepek lama. Kelas sains com dah nak tamat.. See u later..

Miss you!