Monday 13 June 2011

Kunci Kejayaan Jangan Ditinggalkan

Di saat burung-burung berkicauan pada waktu tengahari yang indah,aku kepanasan di bandar Banting ini terpaksa ke kelas untuk masuk ke kelas.
OMG! OMG! OMG!

Ok,malas nak bersastera lebih-lebih sebab kali ini entry aku tentang cerita si malang. Orang cakap kalau kita bau busuk,boleh letak deodorant or so whateva, kalau bau wangi, kita semua sedap je nak hidu..tapi..kalau tak berbau nak buat macam mana?? Ini lah topik yang akan hangat diperkatakan sepanjang entry ini.Si malang..
Lets begin!

Pada suatu pagi,masih segar dalam ingatan aku,aku bangun lambat macam biasa lah orang-orang macam aku ni bangun. Waktu aku nak pergi mandi tu,aku tengok semua orang kat blok aku ni dah siap dah nak pergi kuliah.

Kat sini aku nak tekankan sebenarnya scene macam ni korang hanya akan nampak pada seminggu dua pertama je di kolej ini sebab selepas beberapa minggu kemudian,semua orang akan mula mendapat keyakinan untuk datang lambat setelah mendapat semangat keberanian daripada orang seperti aku.

Ok,pagi itu bermula seperti pagi2 biasa,aku langsung tak sangka dengan keindahan pagi itu aku akan berjumpa dengan si malang. Aku tertipu dengan keindahan ini!

Ia semua bermula di sini. Kelas biologi pada pukul 12 tengahari yang sepatutnya tamat pada pukul 1 diter'extend' sampai pukul 1.15 minit. Walaupun ia hanya 15 minit yang nampak sikit tu dah memberi kesan kepada jadual kami.

Rehat yang sepatutnya selama satu jam telah menjadi 45 minit SAHAJA! Nak makan,solat,baring-baring lagi...Memang tak sempat la nak rushing2 kuliah pukul dua tu.

Lepas makan yang ambil masa sampai pukul 1.50 tu memang tak perasan masa berlalu dengan pantas,aku pun mula berlari anak menuju ke blok. Ok,tipu..Tak berlari anak pun,cucu pun tak. Aku berjalan lenggang kangkung je.

Sampai di blok dah pukul 1.53 minit. Ok,aku pun mula bergegas merempuh membuka pintu bilik. Di dalam,semua roomate i dah siap untuk ke kuliah or kelas masing2. Aku pun terus selamber je pergi toilet nak ambil wuduk tanpa meninggalkan pesan kepada mereka "Woi,jangan kunci bilik!"

And i think u all can guess what will happen next...

Selepas i balik dari toilet,konon nak cepat lah ni......Tiba2 sampai depan pintu tu,aku pulas2 tombol die.......TERKUNCI!!!!!!!!

Aku punya la blur blur tak tahu nak buat macam mana. Semua roomate dah blah dah....Sampai hati. Di saat ini, kesedihan aku tak tahu la nak gambarkan macam mana.

Ini malang satu. Then,semua barang aku ada dalam bilik. Tak boleh nak contact sape2 pun. Takde tudung,kasut,semua takde.

Nasib baik lah aku teringat nombor bilik member aku yang sama-sama lambat ni. Aku pun terus bergegas ke sana. Tumpang solat,pastu pinjam selendang dia and for the first time aku pakai kasut sukan dengan baju kurung pergi kuliah!

Korang boleh bayangkan macam mana tak? Macam sakai aku...

Biar lah.Memang malas nak fikir dah tentang dress up.

Tentang kuliah yang aku pergi tu takpe lagi pergi bawa diri jer. Datang lambat boleh je seludup masuk pintu belakang,bagi attendance dah boleh tarik nafas lega. Tapi apa yang bermain dalam kepala hotak aku time itu adalah kelas tutorial Matematik aku. Dah la lecturer aku sikit 'baik' punya. Pergh,sumpah aku takut time tu!

Aku tidur pukul 2 pagi kot malam sebelum tu nak siapkan tutor math aku. Last-last ini yang jadi?? KENAPA???

Kalau aku tahu,tak payah la aku bersengkang mata malam tu. hahahaha!

Okey,pendek cerita,aku masuk kelas tutorial aku dengan penuh menggeletar dan berdebar di dalam dada. Perasaan ini lagi teruk dari perasaan aku nak mula-mula nak daftar dulu.

Madam kat depan terus jer mulakan kelas dan minta semua keluarkan jawapan tutorial. Pergh!! Time ini aku terkial-kial ke depan berterus terang yang aku tak bawa <----konon aku macho habes la time tu.

Tiba-tiba kemachoan aku terus hilang dan lenyap dibawa angin yang sepoi-sepoi bahasa bila madam aku terus je perli aku,cakap aku bagi alasan je sebab tak siap....pergh.......arghhh!

Aku pun terus mulakan perdebatan dan tanpa segan silu menunjukkan bukti yang aku betul-betul terkunci iaitu selendang serabai aku dan kasut sport itu!

Aku rasa bila time ni beliau tengok kasut aku yg memang bukan size aku tu beliau dah mula percaya..Beliau pun suruh aku tunjuk jawapan aku kat beliau esok...Hooorey!!

Walaupun beliau macam boleh percaya sikit tapi aku tahu beliau macam tak berapa trust sangat. Ada beza ke? ahh,lantak lah....Tapi memang agak mengganggu emosi aku time tu.

Petang tu untuk pertama kalinya aku tak turun main basket. Aku tidur je!! Lepas tension. Malas nak fikir dah.

Esoknya hari aku kembali seperti biasa. Bangun macam biasa orang macam aku bangun. Dan so on and on..........

Jadi,conclusion nya di sini. SILA JANGAN TINGGALKAN KUNCI KEJAYAAN ANDA DI DALAM POKET SELUAR OR INSIDE YOUR BEG. KELUARKAN IA DAN BUKALAH PINTU ANDA UNTUK ANDA MELANGKAH JAUH, MENGGAPAI KEJAYAAN ITU!

Nak tidur...Selamat malam!

Sunday 5 June 2011

Ceritera KMS!!

Di pagi yang indah, aku melangkah dgn penuh ketakutan keyakinan menuju ke KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR. Serius kolej ni besar sangat! Punyalah excited sangat tengok2 sekeliling sampai terlupa aku ada kamera utk snap2 scene kat sini tunjuk kat u all..

Tak pe, aku jarang nak menipu. So,korang kena percaya cakap aku yang kolej aku ni memang besar! Korang pun bukan tahu pun aku cakap betul ke tak. Korang tak de kat sini. hahaha.

Perkara pertama yang aku boleh komen pasal tempat ini ialah PANAS! Bukan nak menipu atau cuba nak cari publisiti murahan atau apa2 yang sama waktu dengannya,banting is totally panas! bukan sebab orangnye atau sebab masyarakatnye tetapi sebab mataharinya!!

Betul weyh...kat sini memang panas. nak compare taiping dengan banting macam langit dengan langit. Punya dahsyat die punya panas tu sampai bukan macam langit dengan bumi dah,macam langit dari atas ni dengan langit yg bahagian bawah bumi tu, wa cakap sama lu...u all bayangkan lah betapa hebatnya perbezaan itu.

Oke,mula lah saat i terkontang-kanting pergi pendaftaran tu, ini bukan sekolah ye harap maklum. Bukan setakat nak daftar,bayar yuran-->setel! Bukan...kami di sini kena melepasi pelbagai procedure...daftar nama,cek yuran,buat kad matrik,ambil baju dan semua barang2 free,cek lagi semua benda2 alah yang ada dan pergi asrama nak ambil kunci bilik dan selesai. Bunyi senang dan sikit tapi mengambil masa beberapa jam. Serius. Memang aku penat. Proses pendaftaran dia melibatkan seluruh bangunan di KMS ni.

Jenuh la aku berjalan terkedek-kedek nak angkut semua barang naik asrama. 2nd floor blok vega.. Bilik no 18. Itu bilik aku. Sama dengan tarikh birthday aku. So,kepada roomate aku,dorang memang akan mudah ingat...My birthday is my no room!!!

Sekarang aku nak terus memperkenalkan my roomates!!! Holllah! Here we go.....Fes of all....This is.....







Ekin...
Katil die bertentangan dengan katil aku yg dipisahkan oleh dinding.
Orang puchong,selangor...
Dia cun,dia suka bercakap,dia friendly!!


Falah..
Muka dia yang aku akan nampak setiap kali aku baring dan bangun tido...
Katil dia betul2 cross dengan katil aku...
Orang shah alam, selangor.
Dia baik sangat! Tak jemu kejut aku bangun tidur setiap hari! sangat suke die.. Die tabah!





Adah...
Katil dia sebelah katil aku yang dipisahkan oleh dua meja dan dua almari loker....
Orang klang,selangor.
Dia fun,dia happy dan dia caring!

Ok...masa sangat memcemburui kita...Ok,aku tak pernah rasa tentang ni di rumah.. Di KMS aku wajib rasa masa itu emas!! Jadi,.pada semua student kms....kita sangat kaya!!kita ada masa....maknanya kita ada EMAS!! ^ ^