Monday 22 July 2013

Aku, Siti dan Dia.

Disebabkan peristiwa semalam, aku tak sempat nak habiskan pembacaan aku tentang 'pengalaman yang tidak dapat dilupakan.' Akhirnya, aku juga yang dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kena marah. Haha.

Oleh itu, di sini aku ingin meneruskan perkara yang terbantut. Meneruskan pembacaan tentang aku bersama Siti. Tapi versi aku. Muahaha. 

Hari ini aku berjalan kaki pulang ke rumah bersama Siti. Kami berbual mengenai kerja rumah yang cikgu berikan sebentar tadi. Tiba-tiba...........

Tiba-tiba aku dan Siti pun selamat sampai ke rumah. Haha. Tak payah nak saspen sangat. Ini kan karangan aku. Ikut suka aku lah nak olah macam mana. Okey, teruskan kisah aku dan Siti. Waktu aku nak masuk dalam rumah tu, aku ternampak plak seekor kucing depan pintu rumah aku. Kucing ni pun buat muka comel plak kat aku. Aku pun pelik lah. Dia ni nak apa? Sepanjang pengalaman aku, aku tak pernah pun ada pelihara kucing. Famili aku pun takde nak bela kucing-kucing ni. Aku pun buat keputusan, malas nak ambik tahu pasal kucing tu dan masuk ke rumah dengan megahnya.

Tapi elok je aku nak masuk rumah, kucing ni plak panggil-panggil aku. Setakat panggil je aku tak kisah, ini siap datang kat kaki aku gesel-gesel lagi plus buat muka comel. Aduh, jadi aku isytiharkan ini parah. Aku pun mula membuat kesimpulan bahawa kucing ini lapar. Baru aku teringat yang adik aku ada beli Friskies dulu. Lama dah. Waktu dia nak bagi kucing jalanan makan dulu. Haa, lupa nak cakap. Adik aku ni suka kucing. And I was expected that Friskies tak basi lagi. Ops, I mean tak expired lagi lahh.


Aku pun bergegas ke dapur dan mencari makanan untuk si kucing lapar ini. Kucing ni pun macam faham-faham je, dia pun berlari bersama ikut aku ke dapur dan taraaa! aku jumpa friskies tu dan kelihatan secebis senyuman di bibir si kucing.

Aku pun letaklah makanan dia ke dalam pinggan dan friskies tersebut tersedia untuk disantap. Tanpa melengahkan masa, kucing ni pun menyantap friskies tersebut tanpa belas kasihan. Nampak begitu jelas betapa tingginya rasa kelaparan yang ditanggung oleh si kucing. 

Aku kira, mungkin lepas makan, si kucing pun akan pergi tetapi jangkaan ku meleset sama sekali. Si kucing kelihatan gembira dan melontarkan senyuman yang manis padaku. Aduh, senyuman itu tidak dapat aku tolak. Aku pun membalas senyuman itu tanpa aku sedari. :)

Sejak hari itu, aku pun mula menjinakkan diri dengan dunia kucing. Aku menghabiskan masa bermain dan menjaga si kucing dengan jayanya. Aku pun bagi nama pada si kucing ini. Disebabkan badannya berwarna putih dan ada tompok-tompok hitam sedikit, aku berikannya nama Si Tompok. 

Hari-hari kalau aku balik je dari sekolah, pasti Si Tompok setia menunggu aku di depan pintu. Hilang rasa penat aku balik dari sekolah selepas melihat wajah Si Tompok yang manis menunggu aku dengan senyuman. Ahaks. Hiperbola gila. Ada aku kisah?

Masa berganti masa dan terus berlalu. Dah nak masuk tiga tahun aku bersama dengan Si Tompok, aku rasa gembira sekali. Kadang-kadang aku bawa Si Tompok berjalan-jalan ke taman permainan. Tapi Si Tompok tak pandai main gelongsor, buaian apatah lagi. Aku je main semua. Jadi, aku rasa dia tak gembira pergi ke taman sebab dia tak pandai main pun. Aku pun belikan Si Tompok sebiji bola. Aku fikir Si Tompok gembira dan seronok bermain dengan bola. Aku pun akan bermain bola bersama-sama dengan Si Tompok.

Suatu hari, Si Tompok bermain bola yang aku beri tu begitu rakus sekali sampai bola tu jadi kempis dan hilang angin. Rupanya Si Tompok melepaskan rasa bengang melihat aku sibuk belajar dengan mencakar-cakar bola itu. Tak sangka begitu caranya Si Tompok melepaskan perasaan. Haha. 

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak lama lepas peperiksaan besar aku, aku dapat offer sambung belajar. Yeayyy! Jap. Apa kaitan dengan peribahasa di atas? Haha. Abaikan.

Aku pun membuat keputusan untuk pergi tapi bila fikirkan Si Tompok, aku rasa berat hati. Siapa nak jaga Si Tompok nanti? Aku pun mula bersembang dengan Si Tompok pada malam harinya sebab hujan di tengah hari tadi dah berhenti kan. So, malam takde lah hujan. Aku ceritakan pada Si Tompok yang aku nak kejar cita-cita aku. Aku harap Si Tompok faham.

Akhirnya aku pun pergilah melanjutkan pelajaran. Selepas beberapa bulan, aku pulang ke rumah kerana bercuti. Rasa tidak sabar membuak-buak untuk berjumpa dengan Si Tompok. Terngiang-ngiang di telinga aku gelak tawa Si Tompok ketika bermain. *Si Tompok ketawa?? Macam tak kena je. Biarlah. Karangan aku kan. -.-

Setibanya aku di rumah, Si Tompok tidak kelihatan di muka pintu lagi menanti aku pulang. Aku pun cuba berfikir yang baik-baik, mungkin Si Tompok tidur dan tidak sedar akan kepulangan aku. Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah dan kesan-kesan Si Tompok pun tidak ada di situ. Oh, no!! Di manakah Si Tompok? Aku mula rasa gundah-gulana dan tidak tentu arah seperti cacing kepanasan. *peribahasa ini rasanya macam kena. 

Aku pun mula mencari dan mencari. Aku meletakkan friskies sebagai umpan untuk tunggu Si Tompok pulang. Tapi wajahnya langsung tidak kelihatan. Aku mula berfikir yang buruk-buruk. Adakah riwayat Si Tompok sudah berakhir? Oh, tidak! Aku terasa sedih yang amat sangat. Si Tompok!!!!!

Perlahan-lahan aku cuba menerima kenyataan yang Si Tompok sudah tiada. :(

Pada suatu hari, jiran aku telah menjemput aku bersama keluarga untuk ke rumah mereka kerana ada kenduri. Aku pun bergegas ke sana kerana aku dengar cerita ada makanan yang sedap-sedap. :) Tetapi ketika dalam perjalanan, aku terhenti sebentar langkahku kerana telinga aku tertangkap bunyi sesuatu yang aku biasa dengar, datangnya dari rumah Siti. Aku pun mengjingkitkan kaki sedikit kerana pagar rumah itu tinggi. Aku pun mula mengintip.


Dan apa yang aku lihat ialah Si Tompok.........! What????? Dia dah berpaling tadah rupanya. Aku sedih serta merta. :( Aku pun memanggil Si Tompok dengan penuh perasaan sayu. Si Tompok hanya menjeling padaku. Hilang senyuman yang selalu dia berikan dulu. Perasaan itu tidak dapat ku bendung. Cancel terus pergi ke kenduri. Aku terus pulang ke rumah tapi sempat memesan pada keluarga bungkuskan satu nasi ayam. 

Rupa-rupanya sepanjang ketiadaan aku, Si Tompok sudah pandai berjalan-jalan ke rumah jiran, dan dia mula menggatal dengan kaum speciesnya. Ku kira mungkin Si Tompok dah reach puberty. Patutlah suaranya kasar semacam. Hahaha. Dan di rumah Siti memang ada beberapa ekor kucing betina yang mungil-mungil. Mungkin sebab inilah Si Tompok berpindah ke sana. 

Dan di sana, Siti hanya memberi makan nasi, ikan goreng yang digaulkan bersama dan letak kicap sedikit. Mungkin selera Si Tompok sudah berubah. Si Tompok dah tak makan Friskies. Mungkin sebab dia tahu makanan fast food ini banyak tak eloknya. Sebab itu dia mula makan ikan. Jaga badan mungkin. 

Sejak hari itu, aku mula kehilangan Si Tompok. Ada juga aku berusaha untuk mendapatkan Si Tompok tapi Si Tompok kelihatan refuse dan gembira di sana. Aku mula pasrah. Si Tompok yang aku kenal dulu sudah berubah. Mungkin dulu dia makan friskies. Sekarang dia dah pandai makan makanan seimbang. Silap aku jugak dulu. Sebab waktu aku belajar piramid makanan, aku belajar bersama dia. Mungkin Si Tompok mulai sedar akibat buruk tidak mengamalkan makanan seimbang. 

Mungkin Si Tompok dah cuba memberitahu aku tapi aku je yang tak faham. Maklumlah aku bukan jurubahasa bahasa kucing. Kami ada masalah komunikasi mungkin. Bahasa berbeza.

Aku pun terus pulang ke tempat belajar dengan penuh perasaan hiba. Aku mulakan hidup baru dengan kenyataan yang jangan percaya pada kucing dah. Sebab lepas kucing ini mencapai tahap puberty, mereka akan mula tertarik dengan species masing-masing, berkahwin and live ever after. The end. 

Si Tompok. Dalam kenangan.... 

p/s : Kalaulah aku tulis karangan macam ni waktu UPSR dulu, mesti aku dah dapat A++ kan?

No comments:

Post a Comment