ini uda. |
Sekarang kan kat area Ipoh masih ada jerebu. Dan alhamdulillah semalam hujan turun penuh dengan rahmatNya. Jadi, jerebu ni semakin berkurang. Semasa dalam perjalanan, kami terlihat ada pembakaran secara terbuka telah dilakukan oleh penduduk kampung di suatu kawasan yang aku terpaksa merahsiakan tempatnya. Konon taknak kena marah oleh penduduk kampung kawasan terbabit. Haha.
Elok je abah aku nampak pembakaran tu, terus abah aku cakap
"Apa lah diorang ni bakar sampah, kan tengah musim jerebu, tak sayang alam sekitar ke?"
Perghhh, terbaik punya statement abah aku bagi. Aku agak tersentap. Aku yang budak alam sekitar ni pun tak seprihatin itu. Buat donnoe je. Aku mula jadi konfius. Siapa yang belajar alam sekitar, aku ke abah? Ahaks.
Abah aku sambung lagi.
"Apalah nasib...."
Aku fikir mesti abah nak cakap apalah nasib udara kita yang semakin tercemar ini. Manusia tak pandai nak jaga and bla bla bla so on. Still continue dengan nasib alam sekitar. Ini yang aku fikir abah akan cakap.
Tapi.
Abah rupanya nak sambung ini.
"Apalah nasib. Orang bakar sampah merata tempat. Pakcu kamu lah kesian. Dia yang kena padamkan."
Aku tercengang. Apa kaitan dengan pakcu? Baru aku teringat. Pakcu aku tu BOMBA.
Ku kira, abah susah hati fikir tentang nasib alam sekitar. Rupanya fikir tentang nasib adik sendiri yang banyak kerja. Abah memang abang yang baik.
Sekadar gambar hiasan. :) |
eh adik kau masuk KPM kee. Sama dgn aku lahh ! course aaa. sem berapa ?
ReplyDelete@syafiqah shafawiza eh, yeke? samalah dengan dia. dia baru ambik pra-diploma. :)
Delete