Thursday, 25 July 2013

Tadarus di Bulan Ramadhan

Memandangkan cuti semester aku jatuh pada bulan ramadhan, ia amatlah membuatkan aku malas untuk mencari kerja sampingan mahupun dalam bahasa Inggerisnya part time working. Haha. Kononnya nak fokus membuat amal ibadat lebih pada bulan mulia ini tapi hakikatnya aku sedar diri ini tak kuat nak puasa sepanjang hari ditambahkan dengan beban kerja yang sengaja dicari.

Jadi, aku pun buat keputusan untuk stay sahaja di rumah dan menanti dengan penuh sabar setiap kali waktu berbuka puasa tiba.

Bila memikirkan aku memang tak buat apa waktu bulan puasa ini selain dari tunggu waktu berbuka dan mak nak kejut punya susah untuk bangun sahur, aku pun buat keputusan untuk join tadarus di kampung aku bagi menambahkan amalan aku tak seberapa nak ada ini.

Yelah, itu je yang aku mampu nak buat. Kalau nak dapat dengan buat solat terawikh penuh setiap hari sepanjang bulan ramadhan, memang tunggu sampai Anuar Zain sampai jodoh pun belum tentu aku dapat buat. Sebab lepas je berbuka hilang terus rasa zuhud dan tawaduk waktu berpuasa bila makanan berebut-rebut tunggu giliran nak masuk dalam perut. -.-

Okay, back to the cerita asal.

Pengalaman bertadarus bersama mak cik-mak cik yang vogue gedevas di kampung aku, memang perkara yang takkan dapat aku lupakan. Diorang ini memang sempoi plus super duper otai punya mak cik. Sambil bertadarus masih boleh sembang perihal anak-anak dan sambil itu pun boleh betulkan tajwid antara satu sama lain. Memang satu kerja berpasukan yang amat menarik di mata aku.

Baru-baru ini kami telah khatam. Alhamdulillah, berkat doa semua, aku berjaya jugak khatam bersama-sama mereka semua walaupun aku lah orang yang datang lambat setiap hari. Haha. Nasib baik nak tadarus ni takde nak punch card, kalau tak, card aku je lah yang asyik merah. Sedih.

Dari kiri : Makcik Zahrah, Makcik Linda, Makcik No, Aku, Makcik Hawa, Makcik Hasnah, Opah aku. 
Yang tengah tu Makcik Maznah. Gambar tadi, dia yang tangkap. Semoga berjumpa lagi! :)
Kenangan aku bertadarus dengan all this auntie yang sangat best, memang tak dapat dilupakan. Semoga ramadhan akan datang, masih ada peluang untuk aku kembali bertadarus bersama mereka. :) Maafkan segala salah silap saya ye sepanjang majlis ini berlangsung?

p/s : Memang betul orang cakap, orang yang lebih tua dari kita adalah orang yang makan garam dulu, lebih berpengalaman dan sangat betul cara cakapnya, membuatkan aku rasa rendah diri dan terasa kurang ilmunya. Belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau kita tak ambil pengajaran dari pengalaman kita sendiri.

No comments:

Post a Comment