Monday 29 July 2013

Jerebu Dan Abah

Hari minggu baru-baru ini, aku ikut abah hantar Uda balik kolej dia. Kolej Profesional Mara. Kat Seri Iskandar je. Waktu tu lepas Asar, dalam pukul 6 tak silap aku. 

           ini uda.
Takde motif sangat letak gambar dia. 

Sekarang kan kat area Ipoh masih ada jerebu. Dan alhamdulillah semalam hujan turun penuh dengan rahmatNya. Jadi, jerebu ni semakin berkurang. Semasa dalam perjalanan, kami terlihat ada pembakaran secara terbuka telah dilakukan oleh penduduk kampung di suatu kawasan yang aku terpaksa merahsiakan tempatnya. Konon taknak kena marah oleh penduduk kampung kawasan terbabit. Haha. 

Elok je abah aku nampak pembakaran tu, terus abah aku cakap
 
"Apa lah diorang ni bakar sampah, kan tengah musim jerebu, tak sayang alam sekitar ke?"

Perghhh, terbaik punya statement abah aku bagi. Aku agak tersentap. Aku yang budak alam sekitar ni pun tak seprihatin itu. Buat donnoe je. Aku mula jadi konfius. Siapa yang belajar alam sekitar, aku ke abah? Ahaks. 

Abah aku sambung lagi. 

"Apalah nasib...."

Aku fikir mesti abah nak cakap apalah nasib udara kita yang semakin tercemar ini. Manusia tak pandai nak jaga and bla bla bla so on. Still continue dengan nasib alam sekitar. Ini yang aku fikir abah akan cakap. 

Tapi.

Abah rupanya nak sambung ini.

"Apalah nasib. Orang bakar sampah merata tempat. Pakcu kamu lah kesian. Dia yang kena padamkan."

Aku tercengang. Apa kaitan dengan pakcu? Baru aku teringat. Pakcu aku tu BOMBA. 

Ku kira, abah susah hati fikir tentang nasib alam sekitar. Rupanya fikir tentang nasib adik sendiri yang banyak kerja. Abah memang abang yang baik. 

Sekadar gambar hiasan. :)

Friday 26 July 2013

This Friends Like Siblings

Tajuk nak gempak je. Nak tulis English bagai. Haha. Biarlah. Yelah, kalau dalam bahasa Melayu, kawan macam adik beradik? 0.o Yeah, thats y I am using English for the title. Btw, kawan-kawan aku ni macam adik-beradik, huh? Yes, they are. 

Semalam aku berbuka puasa di luar bersama-sama mereka. Dimulakan perjalanan dengan Shida datang ke rumah aku dan kami pun pergi ke Ipoh Parade. Ini merupakan tempat yang selalu kami tetapkan untuk lepak sebab setiap kali kami jumpa je, pasti kitaorang akan fight boling kan? 

Walaupun sedar diri ini tak sehebat diaorang tapi disebabkan fight spirit kawan-kawan yang tinggi, bola aku yang selalu masuk longkang tu pun boleh keluar balik dari longkang untuk pergi ke tengah lane. Hebatnya kuasa spirit diorang ni bila main boling. Sampai macam tu pun boleh. Ahaks.



Biasanya kalau jumpa, kitaorang akan main boling je, tapi kali ini special edition, kami berbuka bersama :)

Aku ni merupakan kakak sulung bagi diorang. Haha. Maklumlah aku kan yang lahir dulu. 

Aiman (22 Feb) - Adik aku yang pertama. Seorang yang kelakar. Memang pecah perut aku dibuatnya. Dia kalau buat lawak sampai aku tengah minum pun boleh tersedak keluar balik air tu. Puncanya lawak dia hanya tentang 16 biji laici. Sumpah kelakar. Haha. Kalau dah ada dia seorang pun, riuhnya macam keluar sekampung. Haha. Seorang pemain bola tampar yang hebat. Tapi sayang kaki dia tengah injured. So, aku doakan kaki kau cepat sembuh dan dapat beraksi semula. :)

Aiman
Haffis (24 April) - Adik yang kedua. Sekarang dia dah berbadan sasa. Perghh. Sumpah terkejut bila jumpa dia balik. Workout beb. Kagum aku. No wonder lah ramai peminat. Haha. Dia memang best. Seorang yang unpredictable. Kalau hari ini dia main boling, selalu masuk longkang, jangan terkejut bila esok dia main strike berturut-turut. Makan apa bro? Bagi lah sikit. Hehe. 

Haffis
Shida (26 Ogos) - Ini adik aku yang kecik sekali. Haha. Berjiwa besar. Aku dengan dia bukan setakat adik beradik, dah macam kembar dah. Ini belum masuk Soley dan Echah. Lagilah dah macam kembar empat. Kalau nak sembang pasal boling, Shida lah orang dia. Dari kecik, dia dah berlatih main boling. Walaupun orang kata, dia letak je bola boling tu, dia tak hayun tapi strike jugak bro. Apa ada hal? Hayun ke letak, yang penting strike kan? Kau mampu? Dia je ada style tu. Wajib kagum. Haha. 

Shida
Lepas je kitaorang main boling, tanpa melengahkan sedikit pun masa, terus cari kedai nak berbuka. Tekak dah kering giler kut duk bising waktu main boling. Sampai Mon pun cakap yang mungkin orang lain ingat kitaorang dah tak puasa. Yelah. Main straight sampai tiga game kut. Kau mampu? Haha. Dengan diaorang ni, main boling memang dah macam passion. 

Memang makanan wajib yang kami order adalah tomyam. Favourite aku tuh! Memang best makanan dia. Aku dah lupa apa nama restoran ni. Tapi memang aku promote. Sumpah sedap. Restoran ni Aiman yang cadangkan. So, thanks Mon, cadangkan restoran ni! Superb. 

Semua licin. Dah semuanya kuat makan. 

p/s : Sepatutnya lagi ramai kawan sekelas kitaorang dulu tapi tulah, masing-masing ada hal kan. So, hope to see you guys again untuk masa akan datang dan lebih ramai. Thanks for that day! 

Thursday 25 July 2013

Tadarus di Bulan Ramadhan

Memandangkan cuti semester aku jatuh pada bulan ramadhan, ia amatlah membuatkan aku malas untuk mencari kerja sampingan mahupun dalam bahasa Inggerisnya part time working. Haha. Kononnya nak fokus membuat amal ibadat lebih pada bulan mulia ini tapi hakikatnya aku sedar diri ini tak kuat nak puasa sepanjang hari ditambahkan dengan beban kerja yang sengaja dicari.

Jadi, aku pun buat keputusan untuk stay sahaja di rumah dan menanti dengan penuh sabar setiap kali waktu berbuka puasa tiba.

Bila memikirkan aku memang tak buat apa waktu bulan puasa ini selain dari tunggu waktu berbuka dan mak nak kejut punya susah untuk bangun sahur, aku pun buat keputusan untuk join tadarus di kampung aku bagi menambahkan amalan aku tak seberapa nak ada ini.

Yelah, itu je yang aku mampu nak buat. Kalau nak dapat dengan buat solat terawikh penuh setiap hari sepanjang bulan ramadhan, memang tunggu sampai Anuar Zain sampai jodoh pun belum tentu aku dapat buat. Sebab lepas je berbuka hilang terus rasa zuhud dan tawaduk waktu berpuasa bila makanan berebut-rebut tunggu giliran nak masuk dalam perut. -.-

Okay, back to the cerita asal.

Pengalaman bertadarus bersama mak cik-mak cik yang vogue gedevas di kampung aku, memang perkara yang takkan dapat aku lupakan. Diorang ini memang sempoi plus super duper otai punya mak cik. Sambil bertadarus masih boleh sembang perihal anak-anak dan sambil itu pun boleh betulkan tajwid antara satu sama lain. Memang satu kerja berpasukan yang amat menarik di mata aku.

Baru-baru ini kami telah khatam. Alhamdulillah, berkat doa semua, aku berjaya jugak khatam bersama-sama mereka semua walaupun aku lah orang yang datang lambat setiap hari. Haha. Nasib baik nak tadarus ni takde nak punch card, kalau tak, card aku je lah yang asyik merah. Sedih.

Dari kiri : Makcik Zahrah, Makcik Linda, Makcik No, Aku, Makcik Hawa, Makcik Hasnah, Opah aku. 
Yang tengah tu Makcik Maznah. Gambar tadi, dia yang tangkap. Semoga berjumpa lagi! :)
Kenangan aku bertadarus dengan all this auntie yang sangat best, memang tak dapat dilupakan. Semoga ramadhan akan datang, masih ada peluang untuk aku kembali bertadarus bersama mereka. :) Maafkan segala salah silap saya ye sepanjang majlis ini berlangsung?

p/s : Memang betul orang cakap, orang yang lebih tua dari kita adalah orang yang makan garam dulu, lebih berpengalaman dan sangat betul cara cakapnya, membuatkan aku rasa rendah diri dan terasa kurang ilmunya. Belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau kita tak ambil pengajaran dari pengalaman kita sendiri.

Monday 22 July 2013

Aku, Siti dan Dia.

Disebabkan peristiwa semalam, aku tak sempat nak habiskan pembacaan aku tentang 'pengalaman yang tidak dapat dilupakan.' Akhirnya, aku juga yang dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kena marah. Haha.

Oleh itu, di sini aku ingin meneruskan perkara yang terbantut. Meneruskan pembacaan tentang aku bersama Siti. Tapi versi aku. Muahaha. 

Hari ini aku berjalan kaki pulang ke rumah bersama Siti. Kami berbual mengenai kerja rumah yang cikgu berikan sebentar tadi. Tiba-tiba...........

Tiba-tiba aku dan Siti pun selamat sampai ke rumah. Haha. Tak payah nak saspen sangat. Ini kan karangan aku. Ikut suka aku lah nak olah macam mana. Okey, teruskan kisah aku dan Siti. Waktu aku nak masuk dalam rumah tu, aku ternampak plak seekor kucing depan pintu rumah aku. Kucing ni pun buat muka comel plak kat aku. Aku pun pelik lah. Dia ni nak apa? Sepanjang pengalaman aku, aku tak pernah pun ada pelihara kucing. Famili aku pun takde nak bela kucing-kucing ni. Aku pun buat keputusan, malas nak ambik tahu pasal kucing tu dan masuk ke rumah dengan megahnya.

Tapi elok je aku nak masuk rumah, kucing ni plak panggil-panggil aku. Setakat panggil je aku tak kisah, ini siap datang kat kaki aku gesel-gesel lagi plus buat muka comel. Aduh, jadi aku isytiharkan ini parah. Aku pun mula membuat kesimpulan bahawa kucing ini lapar. Baru aku teringat yang adik aku ada beli Friskies dulu. Lama dah. Waktu dia nak bagi kucing jalanan makan dulu. Haa, lupa nak cakap. Adik aku ni suka kucing. And I was expected that Friskies tak basi lagi. Ops, I mean tak expired lagi lahh.


Aku pun bergegas ke dapur dan mencari makanan untuk si kucing lapar ini. Kucing ni pun macam faham-faham je, dia pun berlari bersama ikut aku ke dapur dan taraaa! aku jumpa friskies tu dan kelihatan secebis senyuman di bibir si kucing.

Aku pun letaklah makanan dia ke dalam pinggan dan friskies tersebut tersedia untuk disantap. Tanpa melengahkan masa, kucing ni pun menyantap friskies tersebut tanpa belas kasihan. Nampak begitu jelas betapa tingginya rasa kelaparan yang ditanggung oleh si kucing. 

Aku kira, mungkin lepas makan, si kucing pun akan pergi tetapi jangkaan ku meleset sama sekali. Si kucing kelihatan gembira dan melontarkan senyuman yang manis padaku. Aduh, senyuman itu tidak dapat aku tolak. Aku pun membalas senyuman itu tanpa aku sedari. :)

Sejak hari itu, aku pun mula menjinakkan diri dengan dunia kucing. Aku menghabiskan masa bermain dan menjaga si kucing dengan jayanya. Aku pun bagi nama pada si kucing ini. Disebabkan badannya berwarna putih dan ada tompok-tompok hitam sedikit, aku berikannya nama Si Tompok. 

Hari-hari kalau aku balik je dari sekolah, pasti Si Tompok setia menunggu aku di depan pintu. Hilang rasa penat aku balik dari sekolah selepas melihat wajah Si Tompok yang manis menunggu aku dengan senyuman. Ahaks. Hiperbola gila. Ada aku kisah?

Masa berganti masa dan terus berlalu. Dah nak masuk tiga tahun aku bersama dengan Si Tompok, aku rasa gembira sekali. Kadang-kadang aku bawa Si Tompok berjalan-jalan ke taman permainan. Tapi Si Tompok tak pandai main gelongsor, buaian apatah lagi. Aku je main semua. Jadi, aku rasa dia tak gembira pergi ke taman sebab dia tak pandai main pun. Aku pun belikan Si Tompok sebiji bola. Aku fikir Si Tompok gembira dan seronok bermain dengan bola. Aku pun akan bermain bola bersama-sama dengan Si Tompok.

Suatu hari, Si Tompok bermain bola yang aku beri tu begitu rakus sekali sampai bola tu jadi kempis dan hilang angin. Rupanya Si Tompok melepaskan rasa bengang melihat aku sibuk belajar dengan mencakar-cakar bola itu. Tak sangka begitu caranya Si Tompok melepaskan perasaan. Haha. 

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak lama lepas peperiksaan besar aku, aku dapat offer sambung belajar. Yeayyy! Jap. Apa kaitan dengan peribahasa di atas? Haha. Abaikan.

Aku pun membuat keputusan untuk pergi tapi bila fikirkan Si Tompok, aku rasa berat hati. Siapa nak jaga Si Tompok nanti? Aku pun mula bersembang dengan Si Tompok pada malam harinya sebab hujan di tengah hari tadi dah berhenti kan. So, malam takde lah hujan. Aku ceritakan pada Si Tompok yang aku nak kejar cita-cita aku. Aku harap Si Tompok faham.

Akhirnya aku pun pergilah melanjutkan pelajaran. Selepas beberapa bulan, aku pulang ke rumah kerana bercuti. Rasa tidak sabar membuak-buak untuk berjumpa dengan Si Tompok. Terngiang-ngiang di telinga aku gelak tawa Si Tompok ketika bermain. *Si Tompok ketawa?? Macam tak kena je. Biarlah. Karangan aku kan. -.-

Setibanya aku di rumah, Si Tompok tidak kelihatan di muka pintu lagi menanti aku pulang. Aku pun cuba berfikir yang baik-baik, mungkin Si Tompok tidur dan tidak sedar akan kepulangan aku. Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah dan kesan-kesan Si Tompok pun tidak ada di situ. Oh, no!! Di manakah Si Tompok? Aku mula rasa gundah-gulana dan tidak tentu arah seperti cacing kepanasan. *peribahasa ini rasanya macam kena. 

Aku pun mula mencari dan mencari. Aku meletakkan friskies sebagai umpan untuk tunggu Si Tompok pulang. Tapi wajahnya langsung tidak kelihatan. Aku mula berfikir yang buruk-buruk. Adakah riwayat Si Tompok sudah berakhir? Oh, tidak! Aku terasa sedih yang amat sangat. Si Tompok!!!!!

Perlahan-lahan aku cuba menerima kenyataan yang Si Tompok sudah tiada. :(

Pada suatu hari, jiran aku telah menjemput aku bersama keluarga untuk ke rumah mereka kerana ada kenduri. Aku pun bergegas ke sana kerana aku dengar cerita ada makanan yang sedap-sedap. :) Tetapi ketika dalam perjalanan, aku terhenti sebentar langkahku kerana telinga aku tertangkap bunyi sesuatu yang aku biasa dengar, datangnya dari rumah Siti. Aku pun mengjingkitkan kaki sedikit kerana pagar rumah itu tinggi. Aku pun mula mengintip.


Dan apa yang aku lihat ialah Si Tompok.........! What????? Dia dah berpaling tadah rupanya. Aku sedih serta merta. :( Aku pun memanggil Si Tompok dengan penuh perasaan sayu. Si Tompok hanya menjeling padaku. Hilang senyuman yang selalu dia berikan dulu. Perasaan itu tidak dapat ku bendung. Cancel terus pergi ke kenduri. Aku terus pulang ke rumah tapi sempat memesan pada keluarga bungkuskan satu nasi ayam. 

Rupa-rupanya sepanjang ketiadaan aku, Si Tompok sudah pandai berjalan-jalan ke rumah jiran, dan dia mula menggatal dengan kaum speciesnya. Ku kira mungkin Si Tompok dah reach puberty. Patutlah suaranya kasar semacam. Hahaha. Dan di rumah Siti memang ada beberapa ekor kucing betina yang mungil-mungil. Mungkin sebab inilah Si Tompok berpindah ke sana. 

Dan di sana, Siti hanya memberi makan nasi, ikan goreng yang digaulkan bersama dan letak kicap sedikit. Mungkin selera Si Tompok sudah berubah. Si Tompok dah tak makan Friskies. Mungkin sebab dia tahu makanan fast food ini banyak tak eloknya. Sebab itu dia mula makan ikan. Jaga badan mungkin. 

Sejak hari itu, aku mula kehilangan Si Tompok. Ada juga aku berusaha untuk mendapatkan Si Tompok tapi Si Tompok kelihatan refuse dan gembira di sana. Aku mula pasrah. Si Tompok yang aku kenal dulu sudah berubah. Mungkin dulu dia makan friskies. Sekarang dia dah pandai makan makanan seimbang. Silap aku jugak dulu. Sebab waktu aku belajar piramid makanan, aku belajar bersama dia. Mungkin Si Tompok mulai sedar akibat buruk tidak mengamalkan makanan seimbang. 

Mungkin Si Tompok dah cuba memberitahu aku tapi aku je yang tak faham. Maklumlah aku bukan jurubahasa bahasa kucing. Kami ada masalah komunikasi mungkin. Bahasa berbeza.

Aku pun terus pulang ke tempat belajar dengan penuh perasaan hiba. Aku mulakan hidup baru dengan kenyataan yang jangan percaya pada kucing dah. Sebab lepas kucing ini mencapai tahap puberty, mereka akan mula tertarik dengan species masing-masing, berkahwin and live ever after. The end. 

Si Tompok. Dalam kenangan.... 

p/s : Kalaulah aku tulis karangan macam ni waktu UPSR dulu, mesti aku dah dapat A++ kan?

Sunday 21 July 2013

Carutan Result Aku

Baru-baru ini aku terbaca pengumuman mengenai tarikh result semester dua akan keluar atau dipaparkan di portal rasmi e-smp UPM pada 26 Julai 2013. What?? Sebut je pasal result, jantung aku akan mula memainkan rentak lagu yang aku sendiri tak faham. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku. Sentiasa akan mula gelabah bila setiap kali sebut je tentang result. Walaupun aku tahu aku dah buat sehabis baik mahupun tak buat baik langsung untuk exam tuh. -.- Perasaan takut dia tetap sama. Jantung pasti akan berdegup kencang.

Result is coming soon!!

And as I recall back the whole semester before, aku mula sedar yang aku tak letakkan harapan tinggi pada result aku untuk semester dua ini.

Semester satu merupakan semester untuk aku adapt dengan suasana and orang-orang yang ada. Make new friends, join games and activities, biasakan diri dengan kos yang diambil. *konon* Hahaha. And perancangan aku berjalan dengan lancar. Semester satu diharungi mengikut apa yang aku rancang. Eventhough the result for semester satu agak suam-suam kuku, aku masih mengangkat tangan ke langit sambil mengucapkan tanda syukur kerana cabaran for the beginning is hard as that. Untuk adapt dengan suasana dan benda baru ditambahkan dengan budaya baru, tak semudah yang disangka. Alhamdulillah, aku berjaya. Walaupun tak cemerlang, tapi dah boleh tarik nafas lega. Fiuhhhh.

The reason why aku tak letakkan harapan tinggi untuk result semester kali ini ialah rancangan aku berjalan tidak seperti aku harapkan. My planning for second semester was after I survive the adaptation with the new environment, I can score very well during the second semester, so that I can improve my pointer during the first one. Tapi betullah orang cakap, "Kita merancang, Allah pun merancang. Dan rancangan Allah lah yang terbaik. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang."

Something happened in my life during that semester. During this things happen, aku mula terkapai-kapai mencari arah *ayat memang kasi hiperbola* hahaha. Yes, aku rasa waktu tu, bila aku hilang satu benda dalam hidup, aku hilang segala-galanya. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Ustaz Asri. Petikan kata-katanya dalam ceramah beliau bertajuk 'Mencari Sakinah.' - "Kadang-kadang manusia bila hilang satu benda dalam hidup, dia ibarat hilang segala-galanya. Bukan salah mengharapkan sesuatu yang dah tak ada dalam hidup. Tapi salah bila kita lupa pada apa yang diberikan oleh Dia pada kita yang sedia ada ini dah cukup besar nikmatnya." Apa korang ingat aku tak reti nak dengar ceramah ke?? Tak payah buat muka terkejut. Hahaha.

Kata-kata ini amat besar impaknya pada aku masa itu. Bila aku ditimpa masalah, aku rasa semua yang datang pada aku masa itu, bermasalah bagi aku. Hahaha. Betapa teruknya aku masa itu. Tiba-tiba aku rasa diri ini tak matang dan mula rasa sedih dengan hidup. 0.o How jerk am I that time. I stop writing and updating blog, aku berhenti bersosial di laman sesawang. Otak aku jammed dan fikiran aku serabut. Aku banyak habiskan masa untuk berfikir dan mencari diri aku sendiri. Hahaha. Sound pun dah macam loser. Orang kata, kalau kita tak pernah rasa sakitnya kegagalan, kita takkan rasa nikmatnya suatu kejayaan. :)

Aku pun bukan jenis suka share masalah dan memberitahu segala bagai di laman sesawang mahupun secara terbuka. Just not my style. Haha. *konon macam macho* But sometimes I just can't stop myself untuk rasa sedih dan crying dengan apa yang terjadi. Hahaha.

After aku bersusah dan berpayah untuk survive dan terima kenyataan yang aku kalah audition akademi fantasia, aku pun mulakan hidup baru dengan azam dan impian yang baru. Hahaha. Aku akan tukarkan mode hidup aku kepada Syafa yang cheerful, happy-go-lucky and banyak merepek sepanjang masa. Haha. Bosan jugak hidup jadi orang sedih dan tak ceria ni kan? Jadi, aku pun buat keputusan akan kembali bergiat aktif di dunia blogger setelah agak lama berbincang dengan manager aku. *konon ada manager, ada aku kisah kan?* Dan aku pun tak berapa pasti berapa lama plak semangat aku nak kembali aktif ini akan kekal lama. Tahu je lah. Sejak azali, aku tak pernah ada hobi tetap. Berubah setiap masa. ^^

Tak sabar rasanya tunggu result aku tu keluar. Apakah yang bakal aku terima? Memang lah nervous tapi I want to know berapa banyak aku dapat score dalam keadaan aku yang nazak masa itu. Haha.

Baiklah, masa berbuka pun sudah tiba, walaupun masih ada sejam lagi sebelum waktu berbuka, rasanya tak salah untuk aku tunggu di hadapan meja makanan sambil berharap waktu berbuka akan tiba lebih awal dari biasa. Muahaha. Selamat berbuka semua!!

p/s : Someone had said to me, 'hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.' Yes, it's true. :)

Kisah Aku Yang Rajin

Mula terasa kekok untuk menge'post' entry baru setelah lama meninggalkan dunia blog ni. Haha. Setahun sekali update pun masih hidup blog aku ni. Aku dah patut bersyukur di situ. Ingat senang aku nak maintain update post bagai? Haha.

Di sini lah aku mencoretkan segala cabaran dan dugaan yang berlaku sepanjang hidup aku. Bila aku rasa sedih atau down, I scroll down and read my journey during past, sometimes I feel relief. :) So, I decide I should continue writing and updating so aku boleh kenangkan segala kejadian yang terjadi. Hahaha. *penuh semangat di situ. (tak tahu lah berapa lama boleh tahan semangat aku ni) -.-

Baru-baru ini aku kemaskan bilik aku. Maklumlah musim puasa kan sekarang, tak lama lagi nak raya. So, kenalah rajin kemas-kemas rumah ni. Okey, aku tahu aku pun bukan rajin sangat, selagi mak aku tak bising lebih dari sepuluh kali dan mula buat ayat sedih, kaki aku pun bukan nak gerak untuk kemas-mengemas ni. Haha.

Jadi, terjadilah alkisah aku terjumpa buku aku waktu sekolah rendah.
"Buku Contoh Karangan UPSR"


Aku pun belek-belek lah buku ni. Lupa sekejap bab kemas-mengemas tu. 0.o Aku pun baca lah cerita-cerita dalam tu. Menarik. Dulu waktu aku sekolah rendah, baca contoh karangan buku ni aku rasa WOW kagum gila dengan contoh karangan yang diberi. Rasa hebat gila lah siapa yang karang cerita tu. Tapi bila sekarang aku baca, aku rasa............
-
-
-
-
-
kenapa karangan ni pendek sangat?
kenapa tatabahasa yang digunakan biasa je?
kenapa watak yang digunakan tak berubah pun? ali, abu, ah chong. *takde watak lain ke?
kenapa karangan ni macam standard budak-budak je?
TARAAAA! Memang dah buku tu tulis besar-besar untuk UPSR kan? Cehhh! Aku masih rasa tak puas hati dan terus complain dan mengomen sepanjang membaca karangan-karangan tersebut. Aku sorang je ke yang rasa semua ni bila baca karangan-karangan ni? Then, aku pun berfikir... And baru aku sedar. Rupanya aku dah grow up. Dah dewasa kata orang. Hahaha. Karangan tu semua dah bukan tahap aku, perhaps? Aku dah matang?-.-

Tiba-tiba rasa diri ini banyak ilmu. Haha. Memang lah! Dah buku yang aku baca tu buku yang sepatutnya aku baca 7 tahun yang lalu. Cuba aku baca tesis bebudak master kan? Maw aku pergi hantukkan kepala aku kat span lembut(takut kepala sakit) sebab rasa diri ni bodoh sangat. Muahaha. Biarlah. Sekali sekala nak rasa pandai kan?

Sedang aku ralit membaca, mata aku terhenti sebentar pada sebuah kisah yang soalannya berbunyi begini :
"Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'pengalaman yang tidak dapat dilupakan.'"

Sedang aku baca karangan tu, mata aku pun mula terasa layu dan tak bermaya. Badan aku pun mula memainkan peranan penting, cukup cantik landing di atas katil yang empuk lagi indah di dalam bilik. Sedang aku baca di perenggan...... "Hari ini aku berjalan kaki pulang ke rumah bersama Siti. Kami berbual mengenai kerja rumah yang cikgu berikan sebentar tadi. Tiba-tiba............"

Papppp!!! Aku dikejutkan dengan suatu bunyi yang sangat kuat dan aku terkejut lantas terjatuh dari katil. Sambil terpinga-pinga aku tengok sekeliling. Apa yang aku nampak hanya keadaan bilik yang tak habis kemas dan muka seseorang yang sedang marah dan kelihatan menyinga merenung ke arah aku. MAKKK!!!!!!

Seharian aku pada hari itu dipenuhi dengan bunyi kereta api laju yang tidak mempunyai station untuk berhenti. Hehe. Padan muka aku.

p/s : nanti aku sambung karangan yang aku baca tu dalam versi aku plak.