Wednesday 27 April 2011

Aku.Kawan.Neptune.

Pada malam tu aku dah mengantuk sangat. Mata memang dah tak tahan tapi aku dikejutkan dengan suara telefon bimbit yang menjerit memanggil aku menandakan ada mesej masuk. Ok,mesej dari aiman aka doraemon. Pelik jugak aku tak pernah2 dia nak mesej aku.Dia tanya hari sabtu aku free atau tak. Mesti ada event menarik. So,aku pun cepat2 lah balas,konon teruja la tu...

Dia ajak aku join bebudak kelas kami pergi main bowling di parade. Pergh.. Memang syok. Tapi aiseyman aku kerja plak. Ala,kerja pun part time je,minta la cuti kan? haha.. Ok,tanpa berlengah lagi aku pun dah prepare diri aku untuk cuti esok hari..haha..kalau cuti,memang semangat,time exam SPM dulu tak de pulak semangat macam ni. Sebab tu lah result pun nyawa-nyawa ikan je. Ok,tak payah kutuk diri sendiri. Kita teruskan layan.

Jadi,pendekkan cerita,aku dah sampai parade. Inilah kelebihan menulis blog. Tak sampai satu saat dari malam semalam,sekarang dah sampai ipoh. Smart tak? So,sape2 yang tak de blog lagi,boleh buat sekarang. Aku pun tak taw macam mana nak cerita tentang event hari tu. Jadi,meh sini aku describe sorang-sorang ttg perihal member-member aku yang dah join hang out pada hari tersebut...

Aiman/mon ~ head of this event happened. sanggup balik ipoh,turun dari kl semata-mata nak hang out di parade. Ko memang otai la bro. Sebabkan otai ko jugak,ko berjaya pujuk shida join kte sekali. kalau tak,aku pun tak de lah nak update blog ni sebab aku tak pergi.haha. Lagi satu,ko memang blh buat orang pecah perut setiap kali ko ada..Bila ko nak masuk pertandingan raja lawak hah??

Apes ~ is the becoming bufday boy actually waktu event tu tapi sekarang dah belated la...Apes,aku masih nak ucapkan happy birthday! Apa ko senyum2 apes,ko dah tua....kah3...By the way, sebenarnya dia tak tahu yang mon ajak ramai2 turun parade tu sebab nak celebrate bufday ko la apes..sumpah apes tgh terharu sekarang. Apes,ko boleh buat solat sunat syukur sekarang sebab dapat member yang sentiasa ingat ko. ^ ^

Pikot/rain ~  dia botak sekarang.(punca-plkn.) dia tetap comel. haha. ko memang great pikot sebab dari teluk intan sanggup turun ipoh... hadirnya kau memang buat hang out kita jadi gempak. Dia memang nampak cool sepanjang hang out tu padahal sedang control macho,-dia masih baru dalam dunia bowling. tapi serius dia baling bola lagi laju dari aku. ish.. Haha. Pikot,aku memang seronok kawan mcm ko. Berapa awek ko bawak balik dari plkn??

Odd/syah ~ dia pelajar terbaik spm kelas 5 neptune...straight A bai...mampos gugur gigi aku tengok slip result dia. Nasib baik aku tak tengok. Tak de gigi aku lepas ni. Dia memang lawak. Sepanjang event hari tu dia memang banyak menyumbangkan lawak. Aku memang tak tahan. Dah la tu,lawak dia memang tahap superb. Dia sendiri tak sedar yang dia buat lawak. Sentiasa berusaha nak dapat strike sebab selalu masuk longkang. Serius aku kagum dengan usaha dia..Last sekali dia betul2 dapat strike. Tahniah!!

Shida ~ Last and not least this awek cun yang ada join event ni memang membuatkan hang out kali ni sangat great sebab kalau dia tak de,aku pun memang tak kan ada. haha. yela,aku sorang je perempuan dalam kalangan kumbang2 tu,malas la aku jadi rebutan.haha.ok,aku perasan..dah diam kau..teruskan dengan perihal shida..sangat cantik sekarang dan memang cool bila drive kereta sorang2 diri sampai parade walaupun terlajak masuk parking tingkat atas. memang pening kau kena pusing shida tapi ko dah pun face it. sangat great. two thumbs up for you! Walaupun setiap kali aku hang out memang selalu je dengan muka kau,aku tak pernah bosan..kita kan kawan?? (shida,aku nampak muka terharu kau)

Azree ~ Yes! mana blh lupa...azree sepatutnya join kami tapi disebabkan dia datang awal sangat atau kami yang datang memang lambat,dia dah balik dulu..sungguh tak syok tapi tak pe azree,kami semua sangat hargai kedtgn kau walaupun kite tak dapat bersemuka. So,the next hang out..ko memang wajib tunggu kami dan jangan pergi lost world dah teman kakak kau dating. hehe...Will be next hang out??-tanya mon...

Dan keputusan perlawanan pada hari itu seri..haha..Group A-mon,odd,shida vs Group B-apes,pikot,aku seri..Game first, team kami menang. Game second kasi chance team diorang menang. haha..btw,lepak dengan korang memang enjoy.....

Akhiri update kali ini dengan picture diorang....




















dari kiri : odd,mon.pikot,apes,shida n aku....
p/s : kasut kami cantik.

Friday 15 April 2011

Ketandusan idea

Baru perasan blog ni dah lama tak ber'update'. so,tanpa berfikir panjang dan berlengah lagi,tgn mula berjalan laju di atas keyboard untuk membuat entry baru.

Wait!!!wait!!

Apa lagi??

*suara dalam hati sendiri tanya*
=ko nak update ttg apa ni???
-oh,no!mcm mn blh xtaw nk update ttg apa ni?

Ok2..slow n steady we will think together-me n suara dlm hati.

Yes!aku dah taw...
Bilakah tarikh yg sesuai aku untuk aku kahwin....
Aaaaa??sambil buat muka pelik??
Shut up you!ko merepek.dah gatai benor,pergi je syarikat agensi cari jodoh.kan senang... ;)

Kita mula melangkah kepada tahap yg serius. Masa untuk blogging.
Jom lepak sambil pikir...
Esok nk mkn apa ye?
Ada teringin nak mkn apa2?boleh post kt blog ttg makanan kegemaran atau teringin nak mkn apa2..
Hermm,mcm xde sebab hari2 pun dalam jadual hidup aku penuh dgn list makanan...
Hah??*suara hati aku kembali bersuara* =woi!xkan la pasal 2 pun nak cakap..nanti xde spe nk belanja ko mkn sebab ko mmg selalu mkn....
-hmm,betul jugak..ok2....sila betulkan ayat anda...

(ayat pembetulan)

Ada teringin nak mkn apa2?boleh post kt blog ttg makanan kegemaran atau teringin nak mkn apa2..
Hermm,mcm ada tp simpan dulu post ttg makanan untuk entry akan dtg.
-nampak lebih sopan untuk readers baca.. ^ ^

Idea seterusnya??

Aku selalu bce bloggers cerita ttg life dorang,crush dorang,boyfrenz dorang,someone and bla bla bla...
So,aku xnak cter ke?
*suara hati bertanya*
=that's a good idea..come!let's start...
-ok!sound great!!!  ( hellooo readers!!!-ayat permulaan....
=wait a second!do u have a crush??boyfriend??enemy??
-OMG!!how can i dont noe i dont have any! damn..!

Arghhhh!!what topic i want to update???!
.....
....
....
...
(still thinking)

Tengah2 thinking tu suara hati aku mula rasa  tak sedap duduk dan mula rasa tak selesa sebab terlalu banyak berfikir dan memberi idea-idea bernas tapi satu pun tak sangkut dan mula bersuara menunjukkan tanda ke'protes'an kepada aku...

=woi,ko nak terus berfikir ke nak update blog ni?kalau tak nak update,tak payah buat blog,tulis je dalam buku buat diari,dah update diaries satu dua hari,tgk tahun depan jumpa balik diary lama tapi selak2 tgk ada dua muka surat je guna,blh koyak muka surat 2 dan buang dalam tong sampah dan guna balik buku tu untuk tulis resepi masakan untuk ko belajar masak...(perghh!sedap giler ko kutuk aku ye??)
-aku taw lah aku ni tak reti masak sedap mcm chef jo tu..tak payah kutuk aku..


bla bla bla bla bala bala bala bala
bla bla bla bla bala bala bala bala
bla bla bla bla bala bala bala bala
(aku tgh bergaduh dgn suara hati aku)

Sampai sudah aku tak dapat cari idea untuk update blog aku kali ini...So,i have decided to NOT update for now and i will try to update next time..It is wokey for u all,readers???