Wednesday 17 August 2011

Puasa di Perantauan

Selamat berpuasa semua!

Tanda-tanda bila masuknya bulan ramadhan ialah apabila semua blog-blog ada entry tentang bazar dan makanan!

Memang aku pun nak update tentang all sort of things pasal berpuasa ni and nak cerita kat you all betapa sadisnya hidup berpuasa sebagai anak perantauan ni. Okey, perasan macam belajar kat obersi.

Tak kira. Walaupun belajar pun setakat sebelah negeri je dari rumah tapi tetap berpisah berpuluh-puluh daerah dengan rumah,kan mak kan? Tahu mak aku mesti rindu kat aku ni kat rumah. Yela,sebab kat rumah banyak makanan membazir, takde siapa nak tolong habiskan. Betul tak, mak?

Jadi di kesempatan ini,aku ingin memaklumkan kepada semua, jangan ingat hidup dah mula dapat elaun dari kerajaan, korang boleh joli sakan dan mula memasang impian nak pakai handphone xperia sebijik. Takdenyer!

Okey,bermulanya cerita sedih aku di bulan puasa. Bangun sahur, makan roti je, tak pun minum air masak je beberapa teguk. Memang la makan roti tu bagi korang dah cukup tapi bagi aku yg kali pertama sahur tanpa ibu di sisi dan makanan nasi dan ayam beberapa ketul, sadis tahu tak?! Sedih.

Itu baru sahur. Tak cerita lagi perjalanan berpuasa. Penat. Aku antara orang yang macam budak baru belajar puasa kat sini. Tak payah nak kutuk aku dalam hati kau. Dah memang aku tak larat , nak buat macam mana. Dengan kuliah segala, tutorial lagi, belum tambah praktikal. Ahh!

Menunggu saat nak balik rumah Jumaat ni. Dah mula menggenggam tiket bas di tangan sambil membayangkan suasana di rumah diiringi wajah-wajah keluarga yang disayangi. Rindu.

Paling segar dalam ingatan aku ialah bazar kat rumah aku tuh! Pergh.. Memang syok kalau dapat pergi dengan duit di tangan, mahupun orang belanja. Lebih sedap makanan itu apabila free! Setuju.

Indahnya kalau waktu berbuka aku setiap hari macam ni...

agak beradab ketika di khalayak umum.


mak saya comel.


mula buat perangai ketika orang ramai khusyuk menjamah makanan.

Ada siapa-siapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan makanan,sila hubungi pihak tersebut sambil menyatakan apa jenis makanan yg ingin dibelanjakan.
Terima kasih!