Sunday 15 May 2011

Saya Dapat Surat!

Tengah-tengah panas terik syok tunggu kak pui yee(tauke aku) buka kedai, suddenly ada seorang posmen ni datang depan aku bagi aku satu surat besar. OMG! ada nama aku. Ingatkan surat cinta ke apa.

(Yela,tak payah kutuk aku! Dah tahu tak de sape nak bagi surat cinta kat aku)

Dah-dah. Apa mengumpat aku dalam hati tu?!

Memang la aku terkejut tiba-tiba kali ini dapat surat besar, aku manalah pernah dapat surat-surat besar macam ini. Setakat surat yang sekeping-sekeping,poskad macam tu adalah ---> ala,surat dari kolej-kolej swasta tu, yang kadang-kadang surat sama sampai dua kali 'send'nya.
(Apa kes? Dah tahu orang tak nak masuk sebab nak bayar mahal, tak reti-reti ke nak bagi orang lain?)

*Harap-harap ada pengarah kolej swasta baca post aku ni*

Dipendekkan cerita walaupun memang selalu repekan aku ni panjang,surat apa yang aku dapat tu....
Jeng Jeng Jeng.....



Nah,aku tunjuk...

Bagi kome-kome yang tak tahu tanggal 28 April 2011 hari tu, aku check-check internet, aku dapat offer KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR,BANTING.

Tengok! Sekarang aku dilema. Bukan apa,aku memang nak masuk matrik walaupun ramai cakap matrik ni kena struggle gila-gila tapi takpe belum jadi gila kan? So,its ok. ^ ^

Lagi pun kos yang unisZA tawarkan tu aku langsung tak minat. DIPLOMA PENGAJIAN INSURANS....WTH????!
(bakal mak mertua tak digalakkan membaca ayat ini)

Tapi,you know what, aku rasa terharu dengan kegigihan dan semangat usaha yang ditunjukkan oleh pihak unisZA. Bayangkanlah,bukan setakat surat tawaran yang diorang pos kan, buku maklumat pelajar, panduan, senarai barang-barang yang perlu dibawa, kemudian kemudahan pengangkutan awam sekali diberitahu, siap dengan nama stesen lagi, borang kesihatan, slip bank segala, borang PTPTN, pendek kata, MEMANG LENGKAP! Hambek kau!

Matrik?? Tak payah cakap lah... Memang save duit habes. Kertas sehelai pun tak nak print out kan dan pos. Tak kan lah save sebab nak bagi elaun kat aku -----> satu semester RM1,2500.00???
Kalau sebab itu,ok lah..aku accept the reason..(haha.duet punye pasal)

Dan advantage di matrik ialah ia ada KAKOM,di mana aku boleh main soprt dan berjumpa dengan all my geng di matrik yg lain.  Dan ia hanya satu tahun... So,aku boleh cepat2 blah dari situ(yela,sape la yg suke lama2 tempat belajar,tapi klu tak belajar,bosan...)

Walaupun aku telah memilih untuk ke matrik tapi kepada pihak unisZA,'saya nak ucapkan saya sangat hargai usaha anda dengan semua dokumen tersebut dan ditambah dengan setem RM1 itu'...And i will setiap kali jumpa student unisZA,i akan cakap pada mereka..."anda boleh buat solat sunat syukur sekarang sebab unisZA universiti yg akan sgt berusaha menjaga all the student" ^ ^

Akhir kata,to people of Banting.....HERE I COME!!!

Sunday 1 May 2011

Aku Orang Batu Gajah (:

Semalam hari Sabtu. Hari ini hari Ahad. Kau dah tahu? Ok, Esok hari Isnin??? pun dah tahu? Ok2...Semalam.....kau tahu tak....(ha,yang ini memang ko tak taw sebab aku pun tak story lagi...)hahaha...Meh sini..Mari rapat..Aku pun dah mula bersemangat nak bercerita...

(Gaya mak cik kiah propa yang semangat nak bergossip)

Semalam aku kerja full time. Dari pagi sampai malam. Ok,cerita tentang full time memang tak syok pun tapi bukan ini yang aku nak highlightkan di sini. Nak tahu lebih lanjut, sila baca sampai habis.

Bagi mereka yang tak tahu waktu kerja aku,sebenarnya aku masuk kerja pukul 9 pagi sampai 6 petang je. Tapi semalam aku kena kerja sampai malam sebab tauke aku pergi dinner dengan isteri dia. So,kalau dah taukenya tak de,siapa nak jadi tauke kan??Jadi,tu yang aku kena ganti tempat dia 2...Erk??betul ke...boleh la..

Jadi nak dijadikan cerita....elok2 je tauke aku keluar,orang pun berpusu-pusu masuk kedai sampai tak menang tangan aku,kak puiyee,aishah <---sila rujuk entry sebelum2 ini untuk kenali mereka. Kami pun kelam kabut la buat kerja. Nasib baik kami semua pekerja yang terlatih dan setakat customer macam ini boleh je handle. Ok,cakap besar. Tengok2 esok customer serbu semua,aku terkontang-kanting.

Sampai nak dekat malam tu,around2 pukul 9 malam. Dah memang nak tutup kedai dah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kedatangan gadis-gadis hot..Hot ke?? tak dapat nak show kat u all..tak sempat nak snap picture diorang time tu sebab masa tu perasaan aku dah berkobar-kobar nak balik dah.

Nak tahu tak,siapa dorang tu? Rupa-rupanya salah sorang daripada perempuan tu tunang fazreen rafi. Siapa fazreen rafi?? ala,yang pelakon cerita putera katak tu..Hero tu..Sila googgle nama dia untuk tahu dengan lebih lanjut.

Dia cuci gambar diorang...ini bukti.

ini gambar tunang...(aku tak goggle ye) ini gambar asal.

gambar diorang bercuti aku rasa.


Sebenarnya banyak lagi gambar yang kak ina-tunang fazreen ni cuci tapi aku letak dua ni je. Orait ar,asalkan u all tahu i am not liar ok? Dan kak ina sebenarnya orang asal Batu Gajah. Kepada orang batu gajah,anda patut berasa bangga sekarang. 

p/s putera william dah selamat nikah dengan kate..tapi putera harry single..don't be suprised to see that he is married with batu gajah people...credited to me..hahaha.