Friday, 26 July 2013

This Friends Like Siblings

Tajuk nak gempak je. Nak tulis English bagai. Haha. Biarlah. Yelah, kalau dalam bahasa Melayu, kawan macam adik beradik? 0.o Yeah, thats y I am using English for the title. Btw, kawan-kawan aku ni macam adik-beradik, huh? Yes, they are. 

Semalam aku berbuka puasa di luar bersama-sama mereka. Dimulakan perjalanan dengan Shida datang ke rumah aku dan kami pun pergi ke Ipoh Parade. Ini merupakan tempat yang selalu kami tetapkan untuk lepak sebab setiap kali kami jumpa je, pasti kitaorang akan fight boling kan? 

Walaupun sedar diri ini tak sehebat diaorang tapi disebabkan fight spirit kawan-kawan yang tinggi, bola aku yang selalu masuk longkang tu pun boleh keluar balik dari longkang untuk pergi ke tengah lane. Hebatnya kuasa spirit diorang ni bila main boling. Sampai macam tu pun boleh. Ahaks.



Biasanya kalau jumpa, kitaorang akan main boling je, tapi kali ini special edition, kami berbuka bersama :)

Aku ni merupakan kakak sulung bagi diorang. Haha. Maklumlah aku kan yang lahir dulu. 

Aiman (22 Feb) - Adik aku yang pertama. Seorang yang kelakar. Memang pecah perut aku dibuatnya. Dia kalau buat lawak sampai aku tengah minum pun boleh tersedak keluar balik air tu. Puncanya lawak dia hanya tentang 16 biji laici. Sumpah kelakar. Haha. Kalau dah ada dia seorang pun, riuhnya macam keluar sekampung. Haha. Seorang pemain bola tampar yang hebat. Tapi sayang kaki dia tengah injured. So, aku doakan kaki kau cepat sembuh dan dapat beraksi semula. :)

Aiman
Haffis (24 April) - Adik yang kedua. Sekarang dia dah berbadan sasa. Perghh. Sumpah terkejut bila jumpa dia balik. Workout beb. Kagum aku. No wonder lah ramai peminat. Haha. Dia memang best. Seorang yang unpredictable. Kalau hari ini dia main boling, selalu masuk longkang, jangan terkejut bila esok dia main strike berturut-turut. Makan apa bro? Bagi lah sikit. Hehe. 

Haffis
Shida (26 Ogos) - Ini adik aku yang kecik sekali. Haha. Berjiwa besar. Aku dengan dia bukan setakat adik beradik, dah macam kembar dah. Ini belum masuk Soley dan Echah. Lagilah dah macam kembar empat. Kalau nak sembang pasal boling, Shida lah orang dia. Dari kecik, dia dah berlatih main boling. Walaupun orang kata, dia letak je bola boling tu, dia tak hayun tapi strike jugak bro. Apa ada hal? Hayun ke letak, yang penting strike kan? Kau mampu? Dia je ada style tu. Wajib kagum. Haha. 

Shida
Lepas je kitaorang main boling, tanpa melengahkan sedikit pun masa, terus cari kedai nak berbuka. Tekak dah kering giler kut duk bising waktu main boling. Sampai Mon pun cakap yang mungkin orang lain ingat kitaorang dah tak puasa. Yelah. Main straight sampai tiga game kut. Kau mampu? Haha. Dengan diaorang ni, main boling memang dah macam passion. 

Memang makanan wajib yang kami order adalah tomyam. Favourite aku tuh! Memang best makanan dia. Aku dah lupa apa nama restoran ni. Tapi memang aku promote. Sumpah sedap. Restoran ni Aiman yang cadangkan. So, thanks Mon, cadangkan restoran ni! Superb. 

Semua licin. Dah semuanya kuat makan. 

p/s : Sepatutnya lagi ramai kawan sekelas kitaorang dulu tapi tulah, masing-masing ada hal kan. So, hope to see you guys again untuk masa akan datang dan lebih ramai. Thanks for that day! 

No comments:

Post a Comment