Tuesday, 11 December 2012

Demi Sebijik Rambutan

Hari tu aku pergi beli burger kat food court, lepas beli tu aku balik lah. Balik ke kolej lah. On the way aku balik tu aku terserempak pulak dengan kawan aku. Aku pun balik lah sesama dengan dia. Perjalanan nak balik kolej aku tu, kitaorang akan lalu satu kawasan di mana, terdapat banyak pokok rambutan yang sedang lebat membuah. *terliur*

Nak dijadikan cerita, waktu perjalanan kami lalu kawasan yang ada pokok rambutan ni, mata kami sama-sama memandang ke arah buah yang masak ranum itu sambil memberhentikan kaki. Pergh!! Dahsyatnya penangan buah rambutan ni! Haha. Kami pun buat keputusan untuk petik buah ni dan bawa balik. (=

Dia plak kata dia ada terbawak dua plastik agak besar untuk letak buah rambutan tu. Then, alhamdulillah! Kami pun gunakan plastik dan yang paling menarik sekali ialah, kami terjumpa galah di kawasan berkenaan dan hal ini sangat memudahkan kami untuk mengait buah tersebut. Best!

ni la kawan aku tu. Shankary! ^^

Tengah aku dan Shankary berusaha nak dapatkan buah tu, maklumlah buah tu yang tinggal pun semua tinggi-tinggi. Yang buah tumbuh rendah2, semua dah kena rembat dah. Tengah kami cuba nk ambil ni lah datang lagi tiga orang kawan kami yang memeriahkan suasana. Huhu...
                
Betapa gigihnya mereka mengait rambutan! Go gO!


Tengok tu! Tetap berusaha semua orang....

Hasil yang tak seberapa. *ini baru satu plastik*


Semua berpeluh-peluh cuba mengait rambutan tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 Aku pulak berpeluh-peluh makan rambutan2 tuh! =..=


 Eva!
Aifa!
Zai!! 

Petang tu kami habiskan masa dengan makan rambutan dan baju kami memang berpeluh-peluh! 

Saturday, 1 December 2012

MAHA International 2012 vs Stress

Minggu ni aku banyak habiskan masa dengan buat assignment-assignment yang hantar last minit. Dan minggu ni jugak banyak test 2. Jadi, aku boleh conclude kan yang minggu ni agak disaster. 0.o

Oleh yang demikian, aku pun buat keputusan untuk pergi karnival MAHA International 2012 kat MARDI untuk lari sekejap dari semua kerja yang tak pernah nak siap ni.*alasan, padahal memang nak pergi jalan-jalan* Alaa, dekat je dengan kolej aku. Mardi pun memang still dalam UPM. Jadi, nak pergi sana pun memang ada sediakan transport. So, tinggal ko nak pergi ke tak sekarang ni. 



Some of their poster yang aku boleh nampak bersepah dalam kawasan UPM ni.

Aku pergi MAHA ni hari rabu. Pergi dengan bebudak coursemate. Waktu tu ada gap 3 jam kuliah fizik dengan lab fizik. Memang bagus sangat kan kitaorang ni. Gap 3 jam tu orang lain nak siapkan tutorial fizik nak submit waktu lab, kami plak boleh pergi MAHA kononnya nak release tension. Hattuih. Hahaha. 

Okay. Balik pada topik utama. Tentang MAHA. Apa ada kat MAHA ni? MAHA ni macam satu karnival taw. Macam karnival jom heboh tu. Tapi like seriusly aku boleh jamin MAHA ni sangat lah best! Best sangat berbanding jom heboh tu. Jom heboh tu yang bestnye pun sebab ada artis tapi kat MAHA ni penuh dengan makanan yang murah murah! Hahaha. *nampak tak berat sebelah pada makanan di sini* Rasist!

Kat MAHA ni tak silap aku dia bahagi kepada beberapa bahagian. Sumpah besar gila kawasan dia. Aku jalan jalan kat sana pun dah rasa nak pancit dah. Bahagian pertama kawasan untuk FAMA, kawasan untuk buah-buahan, agroproduct memang banyak kat sini. Bahagian kedua pulak, untuk IKS, industri kecil dan sederhana. Bahagian lain pulak untuk peladang, penternak dan nelayan kebangsaan. Kat sini pulak banyak tentang binatang-binatang lah. Memang best. Kat MAHA jugak ada medan selera yang sangat besar. Sampai korang nak makan pun korang dah tak taw nak pilih mana. Kalau korang nak taw macam mana, korang kena datang. Masih ada. Sampai 2 Disember taw... Memang best!

Aku pun datang sini ada jugak ambil2 gambar. Gambar agro product yang aku kira menarik, aku snap je. Meh sini aku tunjuk kat korang.


Ni nama dia putu bambu pandan.

Biasa kita makan, putu yang warna putih tu je kan? Aku memang suka sangat makan putu. Opah aku dulu memang pakar buat putu ni. Hasil jualan beliau kat kampung dulu memang lumayan. *eh, tiba-tiba masuk cerita opah aku* Tapi nak cerita putu bambu pandan die ni memang best lah. Terasa putu dia dalam masa yang sama pandan dia pun terasa. Memang sedap. Satu bungkus ni RM3 je. Kalau beli dua dapat RM5. Try lah!


Ni plak jem durian.

Aku tak taw macam mana rasa dia. Memang pada mula tu aku cadang nak beli. Yelah, teringin jugak rasa jem durian kan. Dah selalu makan buah je, teringin nak makan jem buah durian jugak. Tapi bila aku dengar je harga sebotol kecik jem ni RM18.00, aku pengsan. Aku terus letak balik botol jem ni di tempat dia yang sebenar dengan penuh berhati-hati. Sedar diri tak mampu. =..=

Aiskrim durian! 

Aiskrim ni harga dia RM1.50. Aku tebus kekecewaan tak dapat beli jem, aku ganti dengan aiskrim ni. It still durian right? Rasa dia.... Pergh! Like seriusly rasa aiskrim durian ni macam makan buah durian tu sendiri dalam versi aiskrim. Kenikmatan buah durian tu, jelas terasa! Aku promote ni jugak! Like! (:


Nangka besar!

Aku tak tahu lah kat tempat korang aada ke tak nangka besar macam ni. Tapi bagi aku, ini first time aku jumpa nangka yang lebih besar dari paha aku sendiri. Ke paha aku dah kecik? *ops!* 
Nampak muka aku tak berapa nak senyum dalam gambar ni. Dah memang jelas ketara aku penat sebab waktu aku pergi tu dah tengah hari rembang pukul 11.00pagi hingga 1.00 ptg. Confirm dah kepenatan dan ketiak semakin berpeluh masa tu. Nampak tak gigih kat situ sanggup datang untuk sokong pertanian Malaysia. *konon*



Ni kerepek dari daun.

Korang pernah makan kerepek dari daun tak? First time jugak aku tengok ni. Kerepek daun kaduk. Aku makan ni taw. Aku rasa memang rasa kerepek. Plus sangat sedap. You should buy one. 3 bungkus RM10. Standard price! Promote this too!

Kalau sesiapa yang tak pergi lagi, yang dekat-dekat tu, patut pergi dan tengok sendiri. Korang takkan menyesal. Tempat luas, banyak kedai ada, banyak pilihan. You should go. 

Memang lepas aku dan member-member aku balik dari MAHA ni, kami habiskan makanan yang kami beli kat sana, dan terus tak makan lunch and dinner sebab kenyang sampai malam. Perghh! 

p/s : Lepas habis kelas lab fizik petang tu, kami pergi PC Fair pulak kat dewan besar UPM, dan aku beli TIGA helai tudung baru. Korang ada? Ahaks! @.@





Kolej Kedua Kolej Kediamanku


Aku sekarang dah berada di UPM. Kolej kediaman aku ialah kolej kedua. Cop! Kenapa nama dia macam tu? Kedua je? Nombor dua je?? Takde nama lain ke? Hahaha. *kutuk nama kolej sendiri*

Memang pada mula aku dengar tu kenapa nama kolej aku nama nombor je? Tapi bila dah duduk hampir tiga bulan kat sini, nama kolej kedua tu dah sebati dengan aku. Plus, aku bangga nak bagitaw semua orang 'I am from Kolej Kedua.' Nampak tak semangat kolej kat situ? :)

Okay, pada kawan-kawan yang nak tahu, UPM ni ada 17 kolej. Kolej pertama sampai kolej sembilan, merupakan kolej tradisi. Kolej tradisi ni kiranya macam kolej yang dah agak lama bertapak lah kat sini. Kolej 10 dan 11 pula kolej kejuruteraan. Kolej ni jauh sikit dari kawasan kolej kediaman yang lain. Kolej 12 sampai kolej 16 pula nama dia kolej serumpun. Kolej serumpun ni berada dalam satu kawasan. Bangunan kolej serumpun ni macam rumah pangsa atau flat sikit sebab bangunan dia tinggi. Akhir sekali kolej 17, kolej 17 majoriti bebudak ambil kos medik dan kos kesihatan..

Selesai cerita tentang kolej kediaman kat UPM ni. Masuk pula waktu first time aku datang daftar dulu. Meh aku share dengan korang gambar-gambar cuak aku waktu mula-mula aku datang. Ahaks!

Semua tolong aku nak angkat barang. Tq! 

                           

Waktu hari daftar tu, rupa-rupanya kereta tak boleh bawa masuk sampai kolej. Kena naik bas yang diaorang sediakan untuk ke kolej aku tu. Waktu nak angkut-angkut barang tu, berpeluh2 jugak aku. Tapi masih sempat nak senyum depan kamera kan? Haha.. *lumrah*

Court basket pertama yang aku nampak kat sini. :)
Waktu mula mula aku tengok court ni aku ingat aku akan banyak habiskan banyak masa kat sini dengan main basket macam kat matrik dulu. Tapi itu semua angan-angan palsu. Sampai sekarang aku tak pernah dapat main kat sini lagi. Rupanya court ni jauh sikit dari kolej aku. Lagipun, kolej aku pun ada court basket. Main kat situ je lah hari hari.. (konon je main hari hari) :)

Laluan koridor aras aku.
Kat bahagian kiri kakak aku tu toilet aras aku ni. Bilik aku pulak betul betul belakang tempat abang aku diri tu. Memang dekat lah toilet dengan bilik aku. Sangat senang untuk kelam kabut mandi bila lambat dah untuk ke kelas. *memang nasib baik kan*

Bangunan blok rajawali dari top floor.

Meja study dan katil aku. Time ni tak kemas lagi. Sekarang dah cantik dah. Saje taknak tunjuk. Haha.

Sekarang aku tengah menaip blog ni kat atas meja tu lah. Tapi dah lebih 'kemas' dan 'teratur' berbanding dari gambar ni. Katil tu pun dah ada cadar yang berwarna warni yang cantik. *puji cadar sendiri*

Mula mula dulu aku rasa macam tak belongs lagi dengan kolej ni, blok aku ni, dan bilik aku sendiri. Tapi bila dah masa berganti masa, aku mula rasa jatuh sayang dengan bilik aku sendiri, blok aku dan kolej aku ni. Tempat belajar kan? Mestilah kena tumbuhkan rasa sayang tu, baru hati rasa ikhlas dan seronok nak belajar. *mula merancang masa depan yang menarik utk diri sendiri* :)

Perbincangan secara serius yang aku lakukan bersama mak aku tentang masa  depan aku di sini. Muahaha. ;)
Pelbagai peristiwa yang terjadi waktu nak hantar aku datang sini, tapi bagaimana pun aku sangat terharu dengan usaha-usaha keluarga aku dan keluarga ayah chik yang sanggup bersusah payah untuk aku melanjutkan pelajaran di sini. Terima kasih banyak-banyak. Doakan kejayaan aku di sini! :)

p/s: terima kasih pada jurukamera gambar-gambar ni semua. Sepupu aku! ^^

Wednesday, 8 August 2012

Dunia Baru

Tangan aku sekarang makin ligat untuk mengupdate post sebab aku bakal menjejakkan kaki ke dunia baru. Perghh. Ambik ayat kau. Dunia baru weyh. Bukan tukar planet pun cuma menjelajah ke dunia yang BAHARU. *tak tahu apa motif caps lock.

Dimulakan kisah ini dengan lafaz bismillahiramanirrahim.

Tanggal 1 September 2012, aku bakal digelar mahasiswi... Masa inilah mak abah aku akan tersenyum lalu berkata. "Anak aku tuh! " (ayat yang perhaps terdetik dalam hati mak abah)

Aku telah selamat menerima surat tawaran dari Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah. Universiti yang aku idam-idamkan. Mesti korang tertanya-tanya kenapa UPM kan? (macam ramai je yang tanya kan) ((:

Bermulanya kisah di matrikulasi dulu. Aku mula mencanang nak sambung belajar ke universiti mana. Aku mula bertemu kaunselor dan pensyarah-pensyarah yang rapat dengan aku. Pergh! Gaya macam aku rajin sangat kan kat matrik? Jumpa pensyarah selalu bagai. Dan memang diikutkan aku lebih rajin ketika di matrik berbanding di sekolah. Kalau tak mana nak dapat pointer yang melayakkan aku ke ipta woi! Usaha tangga kejayaan. Kejayaan tak datang bergolek. Masa tu, pelbagai nama universiti yang berada dalam kepala hotak aku.

Aku mula resah. Tak tahu nak buat keputusan macam mana. Dan aku ingat lagi pesanan pensyarah Biologi aku, Madam Nashimah, dia kata, "Bila kita terlibat dalam situasi yang memerlukan kita membuat suatu keputusan yang sukar, istikarah lah. Biar Allah yang tentukan jalan untuk kita." Itulah yang aku buat. Dan percayalah aku memang dapat rasakan insyallah UPM ini jalan untuk aku.. Nak tahu macam mana aku rasa? Korang cubalah! :D

Dan bermulalah perjalanan pendidikan aku :
SRK St. Bernadette's Convent, Batu Gajah
SMK St. Bernadette's Convent, Batu Gajah
SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Universiti Putra Malaysia, Serdang....Insyallah((:

Kos yang ditawarkan pada aku ialah Sains dan Teknologi Alam Sekitar. I love nature! (tiba-tiba) Muahaha.

Jadi, Mr Serdang, please welcome me! :D


Mula menumbuhkan rasa cinta pada tempat belajar dengan meletakkan gambar ini :

Gambar dapat dari Mr google. TQ! (:

p/s : Mula menjadikan Zainal Abidin sebagai penyanyi idola. Sebab kan dia penyanyi Hijau? ((:


Monday, 6 August 2012

Berkat Ramadhan

Al maklumlah memang sejak dilahirkan aku tak pernah nak ada hobi tetap. Jadi, terjadilah nasib blog yang setahun sekali baru nak update. Itu pun nasib baik riwayat blog ini masih kekal. Itu dah cukup baik bagi aku.

Walaupun memang dah berkira-kira nak update waktu mula mula ramadhan hari tu tapi sentiasa ditangguhkan inilah jadinya. Masuk 17 Ramadhan baru kau nak update kan? :D 

Takpelah. Its still ramadhan rite? Btw, to all muslim and muslimah. I wanna to wish you guys Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga ibadat kita diterima Allah hendaknya.. Amin.

Pelbagai peristiwa yang terjadi pada aku di bulan ramadhan ini. Pertama ialah test kereta JPJ!! Jatuh pada 3 Ramadhan. Maklumlah memang selama ini aku tak pandai nak bawak kereta. Jadi, hanya berbekalkan berapa kali je belajar terus nak test membuatkan aku menggigil satu badan. Gulp!

Tiba waktu test. Perasaan yang aku tak dapat lupakan. Seperti macam orang lain yang ditimpa kegigilan satu badan, tentunya memohon doa padaNya. Aku pun lepas bangun untuk sahur terus mengerjakan solat sunat serta berzikir dan berselawat banyak banyak bagi meghilangkan rasa nerves dalam diri. Mak aih, ambik kau. Tp at least memang dapat mengurangkan sikit rasa nerves tuh. Tak percaya, you can try next time! 

Tiba pagi test tuh, rasa berdebar tu semakin memuncak. Tengok plak muka muka JPJ yang bengis tuh. Perghhh, menakutkan. Telan air liur lagi. Gulp!

Tiba saat nak ambik test dalam litar alhamdulillah berkat rahmatNya aku lulus dengan jayanya. Mula tarik nafas lega tapi itupun tak sepenuhnya sebab test belum berakhir lagi. Ada lagi test jalanraya yang lebih mencabar. Kenapa aku cakap test ini lagi mencabar sebab kita akan dikurniakan seorang JPJ untuk seorang. Memang setiap kesalahan yang kau buat dia nampak lah kann??

Bila tiba giliran aku, aku dapat JPJ lelaki. Siap bermisai panjang kau. Tengok misai dia jer jantung aku berdegup tidak tentu hala. Bukan jatuh cinta weyh! Jatuh takut yang teramat tuh! Aku masuk dalam kereta dengan langkah bissmillahhh.... Dan berkata "Assalamualaikum pakcik." I said pakcik okay? sebab kalau aku panggil abang nampak sangat nak bodek dia. Jadi lebih elok terus terang dari muka talam. Agree! ((:

Sambil aku bawak kereta tuh JPJ ni pulak ajak sembang sembang dengan aku. Yelah, aku kan baru je belajar bawak kereta tuh. Kenalah fokus. Mana boleh nak sembang sembang plak. Tapi aku takut kalau tak sembang dia bagi aku fail plak. Jadi aku pun berpura-pura berminat dengan setiap topik yang dia keluarkan. *mula jadi muka talam gara gara nak lulus test. Ahaks!

Akhirnya bila dah sampai ke garisan penamat. (ambik kau.garisan penamat tuh) Pakcik JPJ tuh bagi aku lulus sebab dia kata aku nampak comel bila bawak kereta! (ok,itu tipu!) hahaha.

YES!!((:

Yeayyyyy! Akhirnya aku lulus test kereta pada hari tersebut. I am happy teramat sangat sampai rasa nak meraikan dengan berminum beramai-ramai dengan kengkawan. Tapi baru teringat "aku puasa!"

Jadi, cuba menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan mengangkat tangan di langit lalu berkata "Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu atas keberkatan yang Engkau berikan." Agak zuhud di situ... ((: Tapi dalam hati, ini reaksi aku :

Happy yang teramat sangat!!! 

P/s : anda boleh mula melihat saya di jalan raya sambil tersenyum bangga dan berkata "itu kawan saya yang baru lulus test JPJ!" :D






Sunday, 15 July 2012

Its About Judging

Hey guys!
Assalamualaikum.(:

Paling pertama sekali, aku memang dilanda kemalasan untuk update blog sebenarnya. Bukan disebabkan my life sucks or bored sangat, cuma aku tak tahu nak mengolahnya dalam bentuk ayat. Haha. Lazy is lazy right? Takpe. Aku akan jadi lebih rajin lepas ni. (bagilah semangat kat aku taw?) :D

Di sini aku nak share sesuatu. It is about judging. Yes, judge or mengadili. So, the question now. How are you judging people??

Hurm, aku ada terbaca about something. Try figure out together.

Kalau kita nampak pembunuh yang didakwa masuk penjara, mesti akan terlintas di fikiran kita
"This guy mesti jahat, dah bunuh orang."
Padahal sebenarnya kita tak tahu yang dia difitnah oleh kawannya sendiri.

Kalau kita nampak pelacur, mesti kita akan fikir
"Teruk betul perempuan sekarang, nak jadi kaya, sanggup ambil jalan singkat"
Sedangkan kita tak tahu sebenarnya dia dijual oleh bapa kandungnya sendiri di situ.

Kalau kita nampak budak-budak kurang ajar, mesti kita akan terfikir
"Mesti mak bapak dorang tak ajar dorang ni."
Sedangkan sebenarnya budak budak tu kehilangan mak bapak dorg sejak kecil. Dorang anak yatim.

Can you ever think about this thing ever and ever??

Aku bukan menujukan post ni kepada sesiapa tapi lebih kepada diri sendiri. :P

Sekarang, teknologi semakin meningkat. Facebook, twitter, blog and so on. Kita banyak judge people melalui laman sesawang mereka without knowing them first kan? (:

Mungkin setiap apa yg dorg post, masalah yang dorang hadapi, lebih teruk dari kita jangkakan. And please knowing that thing first before you judge. And kan lebih baik kita doakan agar orang tu menjadi a better person from a day to a day. Itu kan lebih baik? Kita tak sakit hati, orang tak terasa hati kan?

Dan ini adalah diri saya. Saya pun cuba berubah to be a better person like you all. :D


gambar ni memang takde kaitan pun. haha XD
just budak kecik kan tak banyak buat dosa? my little kezen.



p/s : saya bercita cita nak jadi baik macam korang XD
-always think positive okay-

Wednesday, 6 June 2012

Demi Sebuah Kereta

Hari pertama menjejakkan kaki di sekolah belajar memandu. Mula2 tuh takde masalah. Hari ni aku habiskan masa 6 jam sahaja di sana. 3 jam ceramah, 3 jam praktikal.

As can you see, aku memang tak pernah bawak kereta selama ni. Yelah, dah merempit je aku pandai, bawak motor sampai ke kuala lumpur pun aku boleh cuma tak pernah je lah lagi kan. Haha. Macam mana aku nak pandai bawak kereta, kereta aku *ops, bapak aku punye kereta lah, pun semput2 jerk. Takut+nervous lah nak bawak pun kan?

Tak mampu aku berada di jalan raya like this uncle did!

Jadi, nasib2 untung just berdoalah yang aku mampu buat supaya praktikal tuh tak berlaku sebarang kemalangan.. Then, the praktikal time tiba. Aku pun dipanggil oleh instructor... Dia briefing2 sikit. Dia ajar2 sikit tentang pasal kereta.

Mula-mula tuh dia yang bawa kereta, pusing stereng, main klac, tekan minyak semua. Aku nampak macam senang gila dan mula bisik dalam hati, Oh, takdehal ni. Koje sonang.! Terus cakap kat pak cik tuh,
"Ok pakcik, saya rasa macam dah boleh ni" *ceh...muka confident jer.
Pakcik tu pun berhenti tapi dengan muka ragu ragu. Haha.

Aku pun dengan pantas pergi tempat memandu tuh dan mula memegang stereng dengan yakinnya dan terus mula membawa dan akhirnya berhenti...! Aku pun masih mengekalkan konfident aku dan tanya pakcik tuh,
"Eh, pakcik, kereta meragam lah. Abes minyak kot. "
"Tengkorak hang. Hang tuh yang tak pandai kawal klac. Salahkan minyak!"
Hahaha. Amek kau!
Aku pun buat muka macam tak tahu nak buat muka macam mana.
Malu siot!!

Tu lah korang. Dah tak tahu tuh buat cara tak tahu. Kan dah kena?? Nasib baik tak accident ke apa. Kan naya??? :P

Akhirnya aku pun memulakan kelas praktikal itu dengan perasaan rendah diri yg teramat sangat sambil berhati hati sehingga kura kura pun boleh kalahkan aku kalau aku bertanding dengan dia. Who's care right? Janji aku nak lulus. Cakap pak cik tu lah..


p/s : Jadi sesiapa yg ternampak kereta macam ni di jalan raya, jangan memotong sambil menjeling dan senyum sinis, sebaliknya bunyikanlah hon sebagai tanda memberikan semangat! Terimakasih (:

Monday, 14 May 2012

Its My Mak, Ok?

Have been long time I didn't write anything on my blog.

Haha.. Tu dia, pendahuluan dah speaking. Maklumlah baru habis belajar matrik kan, saje nak test english aku. Sihat ke tak. Sihat2...

By the way, for this post I tuju khas pada my mak. (ayat macam tak kena) *tapi aku peduli apa kan? (:

Selamat Hari Ibu!!!!!!!

Mak, terima kasih tahan dengan sikap anak mak selama ni.

Aku anak yang degil. Its fact! Mak aku lah orang yg paling bersabar dengan sikap aku selama ni. Cuba didik aku cara kasar, aku tak dengar, didik aku plak dengan cara lembut. Tak boleh jugak, cuba lagi dengan cara sinis. Bermacam-macam cara sampai I have grown up skarang. Dah kurang lah degil tu cuma tak buang sepenuhnya lagi. Mak lah tak jemu2 didik sampai sekarang. How great jasa seorang mak kan?? Tak berhenti setakat kita dah pandai berjalan je.

Mak aku ada lima anak. Tiga lelaki. Dua perempuan. Susah wooo nak jaga lima anak ni. Ok, memang lah korang boleh cakap "mak aku kena jaga sembilan belas anak, rilek jek!" Memang lah lima anak tu macam tak banyak tapi kalau dah lima-lima tu degil, tak dengar cakap, macam2 perangai, *tambah2 yg tengah menulis ni. Penatnya bertambah lah!!

Mak aku seorang wanita yang bekerjaya. Aku sangat kagum. Untuk menampung anak-anak dan keluarga, mak aku terpaksa kerja banyak.

Mak aku seorang pengurus kewangan.
Setiap hujung bulan, mak aku akan masuk kerja kat bank, kira2 perbelanjaan keluarga. Disebabkan keluarga aku ada pengurus kewangan yg terbaik ini, famili aku mempunyai ekonomi yg agak teratur. (:

Mak aku seorang jururawat
Pekerjaan ini akan disandang oleh mak aku apabila dia menrima pesakit. Pesakitnya hanya ada enam orang. Abah, abang, angah, aku, uda dan adik. She will be our nurse. Love her so much.

Mak aku seorang cikgu
Mak aku menjadi cikgu kepada aku sejak umur aku sehari. Dia ajar aku membaca, mengeja. Ajar aku berjalan, berlari.... Everything she taught me. How great she was.

Mak aku seorang chef
Pekerjaan ini mak aku kena pegang everyday. Masakan mak aku superb!!! Everyday dia serve masakan dia di meja makan kami dengan masakan yg sedap2. Takkan ada tandingan. Tangan air ibu is never been challenge eventhough with chef hotel enam bintang. Its fact.

Mak aku seorang ibu yg sangat hebat!
Aku sangat kagum dengan kepantasan mak buat semua kerja. Semua keputusan yg mak buat, sentiasa terbaik. Tak pernah diragui kehebatan mak. She have everything. She is my idol... FOREVER.




p/s : boleh ker I be a mom like my mom did?? *think

Monday, 12 March 2012

Dunia Semakin Mencabar

Dulu masa tadika dah pandai ABC dan sebut angka 1 sampai sepuluh dah kira pandai.
Pandai baca dua tiga ayat pun, mak dah tersenyum gembira.

Masuk sekolah rendah, mula jumpa cikgu garang-garang.
Siapa pandai tambah tolak darab, bahagi, cikgu dah mula anggap pelajar cemerlang.
Pandai cakap bahasa Inggeris, semua dengar terpaku.
Maklumlah budak kecik pandai speaking tuh!

Masuk pulak sekolah menengah, dah mula belajar subjek Sejarah dan Geografi.
Dapat skor PMR banyak A, mak nangis gembira.
Bapak sanggup buat kenduri kesyukuran, tumbang lembu, 2 ekor.

Naik tingkatan 4, mula nak pilih bidang, ambik plak bidang Sains,
Jumpa plak Chemistry, Biology, dan Physic.
Ingat selama ini, Sains tu satu subjek jer.
Sekarang dah pecah tiga.

Ingat lepas SPM, itulah pengakhiran, cuti hampir 5 bulan.
Memang heaven, rasa dah itulah the end kesusahan belajar.
Waktu SPM tulah zaman paling susah subjek nak study,
Subjek yg buku semua tebal2 dan berat2...

Tapi.....
Rupanya semua tu bukan penamatnya.
Semua tu pengenalan bagi kita.
Permulaan sebenarnya.
Langkah pertama untuk kita lebih kenal dunia.

Then,
Kita akan masuk matrikulasi, kolej, pra-universiti
Sambung lagi dengan diploma, ijazah, master, phd.
Kita akan belajar dan terus belajar.

Makin lama, dunia ini makin mencabar.
Makin lama kita belajar, rupanya makin banyak yg kita tak tahu.
Ilmu itu luas. Belajar lah.
Jangan mengeluh.

Jika kita rasakan kita gagal, apa yg dilakukan adalah separuh hati,
Ikhlaskan hati belajar kerana ilmu, maka orang yg berjaya adalah mereka yg tidak akan berputus asa untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian diri.

Remember.
Ilmu Allah itu luas.
Ikhlaskan hati kerana Dia.
Insyaallah...



Thursday, 9 February 2012

Genap 19 Tahun

13 Januari 1993

Tarikh keramat buat pasangan Azhar dan Asmah. Mereka mendapat anak sulung mereka. Begitu terserlah wajah keriangan dan senyuman yang tidak lekang pada wajah mereka.

Tangisan bayi itu melambangkan kegembiraan di hati milik pasangan ini. Mereka bertekad akan mendidik anak ini sehingga mereka berjaya menjadi seorang insan berguna di dunia dan di akhirat kelak.

19 tahun kemudian....

Insan yang disebutkan tadi mula menjadi kebanggaan pasangan ini. Dia mula mengorak langkah ke universiti yg tersohor di Malaysia setelah berjaya dalam SPM, Universiti Islam Antarabangsa. Jurusan yg dia ambil pun bukan calang-calang. Masyaallah..
"Anak kita dah berjaya, bang." isi hati Puan Asmah berkata.
Tersentuh hati anak ini kalau dia boleh membaca isi hati ibu bapanya.

Sekarang, genaplah dia berusia 19 tahun. Nama diberi Solehah bt Azhar. Merupakan seorang sahabat yg sentiasa mengingatkan sahabat yg lain ketika yg lain sedang lalai dan terleka. Bersikap tanggungjawab atas setiap perbuatannya. Seorang yg berterus terang dan paling tidak hipokrit.

Tahniah! Encik Azhar dan Puan Asmah sungguh pandai mendidik anak mereka.

Inilah sahabat aku yg sangat aku sayangi.....Solehah!
Selamat hari lahir aku ucapkan...
Semoga murah rezeki sempena panjang umur ini.
Semoga persahabatan kita dirahmati Allah selalu.
-syafashidasoleyaishah-


Amin ya rabbala' lamin..

Tuesday, 3 January 2012

Ending of First Semester

Just now aku terbaca post aku tentang result mid sem. Baru aku realize sebenarnya aku tak cakap langsung tentang result final rite?

Setelah lama menyepi dari bidang blogger(haha, ayat kasi gempak) sebenarnya aku agak fokus untuk belajar. Memang aku sedar aku struggle last minit. Memang tersangat last minit. Tapi better late than never, rite?

Orang lain, dah rilek dah study sikit2 jer untuk final tapi aku kena study from the beginning sebab terlalu 'rajin' kan? Mulalah aku mengagahkan diri aku untuk menstudy pada bila2 masa yg lapang.

Ditambah aku terpaksa membahagikan masa untuk KAKOM lagi. Bagi yang tak tahu, Kakom adalah Karnival Kokurikulum Matrikulasi. Kiranya pertandingan sukan antara seluruh matrik di Malaysia la kan? Aku masuk basketball team.

The pertandingan was a week after our final. Best kan? Haha.

Ok, then tiba waktu nak ambil result untuk sem1 tu, aku tak taw nak cakap perasaan aku mcm mana. Takut? Gelisah? Happy? Idontknow.

Tapi yg pasti waktu pegang slip result tu, my hand was shaking badly!

Then, when i open the slip slowly, Alhamdullilah!!

It was not as good as 4 flat. But it is great to a person that had fail many subject on mid sem.

Thats all. Nak taw jugak result aku? Kena lah tanya personally. I will answer it. Hehe.

p/s-my basketball team got bronze for our college! ^ ^

Monday, 2 January 2012

Tahun Baru

Cuti tahun baru sampai Isnin utk kolej aku. Erm, memang syok la sebab ramai yang nak balik rumah. Aku pn fikir best la kot...Nak cuti kan??? Tapi things goes around. Aku rasa macam hell sgt. Sebab kebosanan yang melampau.

Yelah, untuk makluman semua, aku tak balik rumah tau. Sebab minggu lepas, baru je aku balik. Takkan nak balik lagi. Lain lah kalau duit elaun aku tu dapat seribu sebulan. Kalau mcm tu, setiap minggu balik pun takde masalah kan?

Ok, cuba you all bayangkan lah. Semua roomate aku balik. Ok, diulang semua ok?? aku ditinggalkan seorang diri. OMG. Sadis.

Tu takpe lagi. Takde roomate mungkin ada member lain tapi yg sedihnya pun takde?? Biar btl? Aduh. Sedih bangat sih.

Aku pun mulakan hari hujung minggu aku dengan bangun pagi dan tak taw nak buat apa, kemas bilik tu yg mcm sarang tikus. Bagi aku nmpk kemas lah. Bagi org lain, tak taw la plak kan? Haha.

Sengaja taknak upload gambar bilik selepas dikemas sebab nanti kena kutuk. Ngee.

Jadi, aku pun habeskan hujung minggu tahun baru yg sepatutnya dengan ini.....



 Its new year!!!! (khayalan)

Tetapi sebenarnya dengan ini.....


Tidur. *favourite
Termenung. *dah xtahu nak buat apa


  
Makan. Ops.