Memang pada mula aku dengar tu kenapa nama kolej aku nama nombor je? Tapi bila dah duduk hampir tiga bulan kat sini, nama kolej kedua tu dah sebati dengan aku. Plus, aku bangga nak bagitaw semua orang 'I am from Kolej Kedua.' Nampak tak semangat kolej kat situ? :)
Okay, pada kawan-kawan yang nak tahu, UPM ni ada 17 kolej. Kolej pertama sampai kolej sembilan, merupakan kolej tradisi. Kolej tradisi ni kiranya macam kolej yang dah agak lama bertapak lah kat sini. Kolej 10 dan 11 pula kolej kejuruteraan. Kolej ni jauh sikit dari kawasan kolej kediaman yang lain. Kolej 12 sampai kolej 16 pula nama dia kolej serumpun. Kolej serumpun ni berada dalam satu kawasan. Bangunan kolej serumpun ni macam rumah pangsa atau flat sikit sebab bangunan dia tinggi. Akhir sekali kolej 17, kolej 17 majoriti bebudak ambil kos medik dan kos kesihatan..
Selesai cerita tentang kolej kediaman kat UPM ni. Masuk pula waktu first time aku datang daftar dulu. Meh aku share dengan korang gambar-gambar cuak aku waktu mula-mula aku datang. Ahaks!
Semua tolong aku nak angkat barang. Tq! |
Waktu hari daftar tu, rupa-rupanya kereta tak boleh bawa masuk sampai kolej. Kena naik bas yang diaorang sediakan untuk ke kolej aku tu. Waktu nak angkut-angkut barang tu, berpeluh2 jugak aku. Tapi masih sempat nak senyum depan kamera kan? Haha.. *lumrah*
Court basket pertama yang aku nampak kat sini. :) |
Laluan koridor aras aku. |
Meja study dan katil aku. Time ni tak kemas lagi. Sekarang dah cantik dah. Saje taknak tunjuk. Haha. |
Sekarang aku tengah menaip blog ni kat atas meja tu lah. Tapi dah lebih 'kemas' dan 'teratur' berbanding dari gambar ni. Katil tu pun dah ada cadar yang berwarna warni yang cantik. *puji cadar sendiri*
Mula mula dulu aku rasa macam tak belongs lagi dengan kolej ni, blok aku ni, dan bilik aku sendiri. Tapi bila dah masa berganti masa, aku mula rasa jatuh sayang dengan bilik aku sendiri, blok aku dan kolej aku ni. Tempat belajar kan? Mestilah kena tumbuhkan rasa sayang tu, baru hati rasa ikhlas dan seronok nak belajar. *mula merancang masa depan yang menarik utk diri sendiri* :)
Perbincangan secara serius yang aku lakukan bersama mak aku tentang masa depan aku di sini. Muahaha. ;) |
p/s: terima kasih pada jurukamera gambar-gambar ni semua. Sepupu aku! ^^
No comments:
Post a Comment