Wednesday 6 June 2012

Demi Sebuah Kereta

Hari pertama menjejakkan kaki di sekolah belajar memandu. Mula2 tuh takde masalah. Hari ni aku habiskan masa 6 jam sahaja di sana. 3 jam ceramah, 3 jam praktikal.

As can you see, aku memang tak pernah bawak kereta selama ni. Yelah, dah merempit je aku pandai, bawak motor sampai ke kuala lumpur pun aku boleh cuma tak pernah je lah lagi kan. Haha. Macam mana aku nak pandai bawak kereta, kereta aku *ops, bapak aku punye kereta lah, pun semput2 jerk. Takut+nervous lah nak bawak pun kan?

Tak mampu aku berada di jalan raya like this uncle did!

Jadi, nasib2 untung just berdoalah yang aku mampu buat supaya praktikal tuh tak berlaku sebarang kemalangan.. Then, the praktikal time tiba. Aku pun dipanggil oleh instructor... Dia briefing2 sikit. Dia ajar2 sikit tentang pasal kereta.

Mula-mula tuh dia yang bawa kereta, pusing stereng, main klac, tekan minyak semua. Aku nampak macam senang gila dan mula bisik dalam hati, Oh, takdehal ni. Koje sonang.! Terus cakap kat pak cik tuh,
"Ok pakcik, saya rasa macam dah boleh ni" *ceh...muka confident jer.
Pakcik tu pun berhenti tapi dengan muka ragu ragu. Haha.

Aku pun dengan pantas pergi tempat memandu tuh dan mula memegang stereng dengan yakinnya dan terus mula membawa dan akhirnya berhenti...! Aku pun masih mengekalkan konfident aku dan tanya pakcik tuh,
"Eh, pakcik, kereta meragam lah. Abes minyak kot. "
"Tengkorak hang. Hang tuh yang tak pandai kawal klac. Salahkan minyak!"
Hahaha. Amek kau!
Aku pun buat muka macam tak tahu nak buat muka macam mana.
Malu siot!!

Tu lah korang. Dah tak tahu tuh buat cara tak tahu. Kan dah kena?? Nasib baik tak accident ke apa. Kan naya??? :P

Akhirnya aku pun memulakan kelas praktikal itu dengan perasaan rendah diri yg teramat sangat sambil berhati hati sehingga kura kura pun boleh kalahkan aku kalau aku bertanding dengan dia. Who's care right? Janji aku nak lulus. Cakap pak cik tu lah..


p/s : Jadi sesiapa yg ternampak kereta macam ni di jalan raya, jangan memotong sambil menjeling dan senyum sinis, sebaliknya bunyikanlah hon sebagai tanda memberikan semangat! Terimakasih (:

6 comments:

  1. Nanti boleh tumpangkan aku jalan2 kat perak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bagi lah aku kete sebijik dulu. (:

      Delete
  2. Ak hon habis kang terkejut plk.. kang x pasal2 masok parit ke longkang.. tu bukan tanda semangat tu.. PNECETUS PUTUS SEMANGAT.. (semoga dapat yg terbaik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. harun2.. ada2 jerk. jangan lah hon kuat sangat.. okay2. tengkiu!

      Delete
  3. hahaha ...wei aku ngah sibok amik lesengak..tp lom praktikal gi takot wei...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... yeke?? jangan takut. rilek jer. hehe. (:

      Delete