Melihat pada wajahnya seperti cuba menggambarkan sesuatu dari lubuk hatinya yang dalam. Mungkin dia sedang mengingati formula-formula kimia ataupun sedang menghafal terms biologi. Detik hatinya. Tetapi akui lah dia sebenarnya sedang berfikir tengahari nanti nak makan apa.
Tidak lama kemudian,kelihatan pula wajahnya tersenyum sipu. Oh,ini mungkin dia sudah berjaya menyelesaikan masalah matematik. Tapi,malang sekali,andaian itu jauh terpesong kerana dia tersenyum mengenangkan akan pulang ke kampung menemui orang tersayang tanpa menghiraukan akan masalah-masalah matematik yang masih belum diselesaikannya.
Tiba-tiba,hujan mencurah-curah dari langit menimpa-nimpa setitik demi setitik pada hujung lengan pelajar ini. Dia mendongak ke arah langit dan mengagumi ciptaan Illahi.
Sewaktu pulang ke bilik,dia pun mula berbaring-baring di atas katil sambil matanya melilau memandang ke sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada kalendar yang tertampal pada notice boardnya.....
Dia terpaku.....
Dia mula keresahan.....
Lalu bangkit dengan pantas dari katil......
Dan menghampiri kalendar sambil membelek-beleknya lagi.....
Lalu berkata....
Oh,tidakkkkk!!!!!!!!
Macam mana aku boleh tak sedar exam pertengahan sem minggu depan!!!!!
buat muka pura-pura terkejut exam dah nak dekat.
ok..klakar..;)paham ap yg nk disampaikn
ReplyDeletehahaha.thank you! life kat sini memang mcm tu. (:
ReplyDelete