Monday 13 June 2011

Kunci Kejayaan Jangan Ditinggalkan

Di saat burung-burung berkicauan pada waktu tengahari yang indah,aku kepanasan di bandar Banting ini terpaksa ke kelas untuk masuk ke kelas.
OMG! OMG! OMG!

Ok,malas nak bersastera lebih-lebih sebab kali ini entry aku tentang cerita si malang. Orang cakap kalau kita bau busuk,boleh letak deodorant or so whateva, kalau bau wangi, kita semua sedap je nak hidu..tapi..kalau tak berbau nak buat macam mana?? Ini lah topik yang akan hangat diperkatakan sepanjang entry ini.Si malang..
Lets begin!

Pada suatu pagi,masih segar dalam ingatan aku,aku bangun lambat macam biasa lah orang-orang macam aku ni bangun. Waktu aku nak pergi mandi tu,aku tengok semua orang kat blok aku ni dah siap dah nak pergi kuliah.

Kat sini aku nak tekankan sebenarnya scene macam ni korang hanya akan nampak pada seminggu dua pertama je di kolej ini sebab selepas beberapa minggu kemudian,semua orang akan mula mendapat keyakinan untuk datang lambat setelah mendapat semangat keberanian daripada orang seperti aku.

Ok,pagi itu bermula seperti pagi2 biasa,aku langsung tak sangka dengan keindahan pagi itu aku akan berjumpa dengan si malang. Aku tertipu dengan keindahan ini!

Ia semua bermula di sini. Kelas biologi pada pukul 12 tengahari yang sepatutnya tamat pada pukul 1 diter'extend' sampai pukul 1.15 minit. Walaupun ia hanya 15 minit yang nampak sikit tu dah memberi kesan kepada jadual kami.

Rehat yang sepatutnya selama satu jam telah menjadi 45 minit SAHAJA! Nak makan,solat,baring-baring lagi...Memang tak sempat la nak rushing2 kuliah pukul dua tu.

Lepas makan yang ambil masa sampai pukul 1.50 tu memang tak perasan masa berlalu dengan pantas,aku pun mula berlari anak menuju ke blok. Ok,tipu..Tak berlari anak pun,cucu pun tak. Aku berjalan lenggang kangkung je.

Sampai di blok dah pukul 1.53 minit. Ok,aku pun mula bergegas merempuh membuka pintu bilik. Di dalam,semua roomate i dah siap untuk ke kuliah or kelas masing2. Aku pun terus selamber je pergi toilet nak ambil wuduk tanpa meninggalkan pesan kepada mereka "Woi,jangan kunci bilik!"

And i think u all can guess what will happen next...

Selepas i balik dari toilet,konon nak cepat lah ni......Tiba2 sampai depan pintu tu,aku pulas2 tombol die.......TERKUNCI!!!!!!!!

Aku punya la blur blur tak tahu nak buat macam mana. Semua roomate dah blah dah....Sampai hati. Di saat ini, kesedihan aku tak tahu la nak gambarkan macam mana.

Ini malang satu. Then,semua barang aku ada dalam bilik. Tak boleh nak contact sape2 pun. Takde tudung,kasut,semua takde.

Nasib baik lah aku teringat nombor bilik member aku yang sama-sama lambat ni. Aku pun terus bergegas ke sana. Tumpang solat,pastu pinjam selendang dia and for the first time aku pakai kasut sukan dengan baju kurung pergi kuliah!

Korang boleh bayangkan macam mana tak? Macam sakai aku...

Biar lah.Memang malas nak fikir dah tentang dress up.

Tentang kuliah yang aku pergi tu takpe lagi pergi bawa diri jer. Datang lambat boleh je seludup masuk pintu belakang,bagi attendance dah boleh tarik nafas lega. Tapi apa yang bermain dalam kepala hotak aku time itu adalah kelas tutorial Matematik aku. Dah la lecturer aku sikit 'baik' punya. Pergh,sumpah aku takut time tu!

Aku tidur pukul 2 pagi kot malam sebelum tu nak siapkan tutor math aku. Last-last ini yang jadi?? KENAPA???

Kalau aku tahu,tak payah la aku bersengkang mata malam tu. hahahaha!

Okey,pendek cerita,aku masuk kelas tutorial aku dengan penuh menggeletar dan berdebar di dalam dada. Perasaan ini lagi teruk dari perasaan aku nak mula-mula nak daftar dulu.

Madam kat depan terus jer mulakan kelas dan minta semua keluarkan jawapan tutorial. Pergh!! Time ini aku terkial-kial ke depan berterus terang yang aku tak bawa <----konon aku macho habes la time tu.

Tiba-tiba kemachoan aku terus hilang dan lenyap dibawa angin yang sepoi-sepoi bahasa bila madam aku terus je perli aku,cakap aku bagi alasan je sebab tak siap....pergh.......arghhh!

Aku pun terus mulakan perdebatan dan tanpa segan silu menunjukkan bukti yang aku betul-betul terkunci iaitu selendang serabai aku dan kasut sport itu!

Aku rasa bila time ni beliau tengok kasut aku yg memang bukan size aku tu beliau dah mula percaya..Beliau pun suruh aku tunjuk jawapan aku kat beliau esok...Hooorey!!

Walaupun beliau macam boleh percaya sikit tapi aku tahu beliau macam tak berapa trust sangat. Ada beza ke? ahh,lantak lah....Tapi memang agak mengganggu emosi aku time tu.

Petang tu untuk pertama kalinya aku tak turun main basket. Aku tidur je!! Lepas tension. Malas nak fikir dah.

Esoknya hari aku kembali seperti biasa. Bangun macam biasa orang macam aku bangun. Dan so on and on..........

Jadi,conclusion nya di sini. SILA JANGAN TINGGALKAN KUNCI KEJAYAAN ANDA DI DALAM POKET SELUAR OR INSIDE YOUR BEG. KELUARKAN IA DAN BUKALAH PINTU ANDA UNTUK ANDA MELANGKAH JAUH, MENGGAPAI KEJAYAAN ITU!

Nak tidur...Selamat malam!

6 comments:

  1. haha...angh suke bab kunci kejayaan tuh..pasal dyeowg bangun awal tuh,mmg seminggu due jew..pastu semue bgn lmbt..tp bile semue owg bgn lmbt,alamtnye kene beratur r jwbnye;)

    ReplyDelete
  2. betul tu!!dulu waktu iyang nak mandi tak payah beratur pun..sekarang bgn cam biasa pun dah kena beratur.dah le lambat..adios...(:

    ReplyDelete
  3. pehh..pnah jd kat ak gak...tp x steruk ko..haha

    ReplyDelete
  4. berterima kasih la kat selendang & kasut sukan tu ..

    ReplyDelete
  5. @zenal,ko semedang follow aku jer..apa yg jadi kt ko??
    @anis,yup2..terima kasih sgt2!!ko penyelamat akuh!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete