Sunday 15 May 2011

Saya Dapat Surat!

Tengah-tengah panas terik syok tunggu kak pui yee(tauke aku) buka kedai, suddenly ada seorang posmen ni datang depan aku bagi aku satu surat besar. OMG! ada nama aku. Ingatkan surat cinta ke apa.

(Yela,tak payah kutuk aku! Dah tahu tak de sape nak bagi surat cinta kat aku)

Dah-dah. Apa mengumpat aku dalam hati tu?!

Memang la aku terkejut tiba-tiba kali ini dapat surat besar, aku manalah pernah dapat surat-surat besar macam ini. Setakat surat yang sekeping-sekeping,poskad macam tu adalah ---> ala,surat dari kolej-kolej swasta tu, yang kadang-kadang surat sama sampai dua kali 'send'nya.
(Apa kes? Dah tahu orang tak nak masuk sebab nak bayar mahal, tak reti-reti ke nak bagi orang lain?)

*Harap-harap ada pengarah kolej swasta baca post aku ni*

Dipendekkan cerita walaupun memang selalu repekan aku ni panjang,surat apa yang aku dapat tu....
Jeng Jeng Jeng.....



Nah,aku tunjuk...

Bagi kome-kome yang tak tahu tanggal 28 April 2011 hari tu, aku check-check internet, aku dapat offer KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR,BANTING.

Tengok! Sekarang aku dilema. Bukan apa,aku memang nak masuk matrik walaupun ramai cakap matrik ni kena struggle gila-gila tapi takpe belum jadi gila kan? So,its ok. ^ ^

Lagi pun kos yang unisZA tawarkan tu aku langsung tak minat. DIPLOMA PENGAJIAN INSURANS....WTH????!
(bakal mak mertua tak digalakkan membaca ayat ini)

Tapi,you know what, aku rasa terharu dengan kegigihan dan semangat usaha yang ditunjukkan oleh pihak unisZA. Bayangkanlah,bukan setakat surat tawaran yang diorang pos kan, buku maklumat pelajar, panduan, senarai barang-barang yang perlu dibawa, kemudian kemudahan pengangkutan awam sekali diberitahu, siap dengan nama stesen lagi, borang kesihatan, slip bank segala, borang PTPTN, pendek kata, MEMANG LENGKAP! Hambek kau!

Matrik?? Tak payah cakap lah... Memang save duit habes. Kertas sehelai pun tak nak print out kan dan pos. Tak kan lah save sebab nak bagi elaun kat aku -----> satu semester RM1,2500.00???
Kalau sebab itu,ok lah..aku accept the reason..(haha.duet punye pasal)

Dan advantage di matrik ialah ia ada KAKOM,di mana aku boleh main soprt dan berjumpa dengan all my geng di matrik yg lain.  Dan ia hanya satu tahun... So,aku boleh cepat2 blah dari situ(yela,sape la yg suke lama2 tempat belajar,tapi klu tak belajar,bosan...)

Walaupun aku telah memilih untuk ke matrik tapi kepada pihak unisZA,'saya nak ucapkan saya sangat hargai usaha anda dengan semua dokumen tersebut dan ditambah dengan setem RM1 itu'...And i will setiap kali jumpa student unisZA,i akan cakap pada mereka..."anda boleh buat solat sunat syukur sekarang sebab unisZA universiti yg akan sgt berusaha menjaga all the student" ^ ^

Akhir kata,to people of Banting.....HERE I COME!!!

6 comments:

  1. wah bgus2...

    ReplyDelete
  2. syg..kau plih btol2 lol..

    ReplyDelete
  3. diploma pngajian insurans??..wtf..
    anyway gudluck kat matrik nnti...
    jd nerd n skema la ko nmpaknyer..haha..

    ReplyDelete
  4. jmpe kat matrik ! sy pon dpt sane . hha . saje je na cri kawan bru ni . biasalah tmpt bru an , nnti tkial kial :)

    ReplyDelete
  5. pegijek UNIZSA uh
    terbaik
    haha

    ReplyDelete
  6. @anonymous, Thnks yep!
    @kim hae rin, insyaAllah ini yg terbaik.
    @zenal,aku memang budak nerd..haha
    @sheya,hai2!jumpa disana ye...
    @zarep, unisza terbaik tapi matrik lebih baek..huhu

    ReplyDelete