Thursday, 8 September 2011

Saya Suka Cabaran

Dua minggu berlalu sesudah bercuti untuk hari raya. Cool! Sangat seronok sampai terlupa yang result mid sem nak keluar. Terus tak buka buku dah. Bajet dah pandai semua. Memang tak la kan. Masuk je kolej, terus dengar desas desus result keluar Selasa. Masih buat muka rilek lagi. Aduh, bila la kau nak insaf kan.

Masa sangat pantas berlalu. Tibanya hari Selasa. Result keluar. Time ni baru aku nak gelabah. Hait tuih. Buang masa je kau gelabah, Syafa. Haishh. Mulalah banyak mengeluh. Aduh.

Result keluar pukul 10 pagi. Malas pergi awal. Tahu result tak bagus. Pergi makan dulu khuatir lepas tengok result tak lalu nak makan. Haha. Tengok-tengok result......Hmmm. As predict! Wuuuaaaaaa. --> Ini Tangisan Okey.

Tak habis sedih lagi, bawa sampai hari Rabu. Pagi-pagi nak pergi Makmal Kimia, cek-cek lab coat aku tak ada. Oh,no! Baru teringat tertinggal kat library lepas Praktikal Biology. Pergi cek di library and the result is hampeh too! It is missing!

Sampai today, is Khamis. Lepas kuliah Maths, Terus pergi English, sedar-sedar pencil box aku hilang. Damn! Sejak bila aku makan semut untuk hidangan lunch aku ni?? Its ok. Take a deep breath. Pergi cari. Aku pun pergi la dewan kuliah. and the result was very sad... Kenapa aku asyik diduga for this week? Banyak sungguh cabaran aku kali ini.

Sabar Syafa Sabar.

Now, I am thinking. What does it mean all this thing? Aku kena sedar diri mulai sekarang. No time for play anymore. You have grew up. Susun jadual. Belajar. Jaga pemakanan. Final just around the corner, okey? Realize it!

Lainlah kalau kau nak end up nanti jadi suri rumah sepenuh masa jaga anak-anak yang berderet-deret tu and tunggu je husband kau balik rumah and do the same thing everyday, again and again. Then kau tak payah nak bersungguh-sungguh belajar sekarang.

Oh,really?? No! Tak boleh nak shopping, nak makan makanan yang mahal-mahal. Kena ikat perut sebab nak harapkan duit husband je tak cukup.

Mula rasa insaf yang teramat sangat. Start it from now. Study.


Thursday, 1 September 2011

Tanda-tanda Tibanya Syawal

Malas nak mukadimah panjang-panjang sebab as you all know... Raya mestilah selepas puasa. Jadi, cukup logik untuk buat entry pasal raya selepas bulan puasa. Amatlah tidak logik untuk buat entry raya sebelum bulan puasa, Betul tak? Siapa2 yang setuju, sila scroll ke bawah lagi..

Aku tahu, yang tak setuju pun tetap scroll ke bawah. Tak payah tipu! ^_^ Okey, kita teruskan entry kali ini dengan gambar ini.



SELAMAT HARI RAYA SEMUA!




Aku saja je post entry ni lambat sikit. Dah raya ketiga ni baru kau nak post kan Syafa? Ok,jawapan mudah. Malas la aku nak post pada malam raya atau hari raya pertama sebab pada masa tu sesak sangat, semua wall fb,comment2 semua bersepah cakap pasal raya,blog semua tak payah cakap la kan.. Memang berebut-rebut semua nak post kan. Jadi, aku pun buat post la lambat sikit. Tak kisah la you all nak cakap aku malas nak post ke atau memang itu kenyataan nya. Haha.

Kepada all the readers,sekarang ni kita tak perlu risau kalau-kalau bila kita dah hampir nak dekat raya, kita masih tak sedar. Sekarang telah banyak petunjuk diberi kepada kita semua yang membuatkan kita sedar yang WOI,DAH RAYA!

1. Bila ke bazar-bazar ramadhan, banyak kedai dah banyak tutup.
-Bukan sebab dorang ni bankrup atau dorang dah give up nak berniaga tapi dorang dah dapat banyak duit sampai cukup untuk beli baju raya untuk 5 tahun raya weyh. Yela. dah semua malas nak masak, semua stok beli je kat bazar. Memang loaded ar perniaga bazar. Bila tiba masa ni maknanya ramadhan nak dekat habes, raya dah dekat lorh.

2. Kedai-kedai makan semua dah tukar jadi kedai jual biskut pelbagai jenis.
-Yela, nak buka kedai makan waktu bulan puasa, tak pasal2 kena masuk van jenazah. Orang pun kurang nak datang makan waktu malam. Sebab dah beli makanan kat bazar pun tak habes, nak pergi kedai makan apa lagi kan. Tak payah la kau nak buat muka tak pernah membazir weyh. Jadi, dorang buka la kedai biskut ni untuk kau yg malas buat kuih raya dtg beli kan? ^_<

3. Semua orang berebut-rebut nak jadi driver bas.
-Time nak dekat raya ni lah semua syarikat bas cari pemegang-pemegang lesen bas yang menganggur untuk bawa bas dorang yang lebih-lebih tu. Maklumlah time ni lah orang berpusu-pusu beli tiket nak balik kampung. Sampai semua syarikat bas terpaksa beli bas tambahan untuk rakyat Malaysia. Jadi, you all yang takde kerja, boleh mula ambil lesen bas sekarang.

4. Jalan mula sesak.
-Semua orang berebut nak balik kampung awal sebab mak di kampung dah mula buat ayat touching suruh balik awal. Berbuka puasa sama-sama sebelum mulanya syawal. Bila pekerja kat tol tu mula merungut tangan lenguh dan dah malas nak bagi senyuman, memang itulah tandanya syawal dah tiba!

5. Budak-budak mula pandai bezakan buluh dengan tebu.
-Masa ni lah orang yang pandai main meriam, dicari-cari orang. Yela, nak lawan, kampung mana yang paling kuat berdentum. Time ni lah budak-budak bandar mula start google cari perbezaan tebu dgn buluh sebab dorang pun nak tunjuk bukan budak kampung jer pandai main meriam. Takpe. bagi peluang.

6. Rancangan tv banyak papar drama-drama raya sedih.
-Pelakon yang paling pandai berlakon menangis akan paling laku pada musim ini. Jadi, jangan pelik bila Wan Maimumah mula bagi kenyataan dah berjaya memiliki dua bijik banglo mewah selepas musim raya ni.

7. Teropong paling laris dijual di kedai.
-Semua orang mula beli teropong di kedai sebab nak usha anak bulan syawal. Okey, point yang ni over dan agak tak betul. Tapi aku tak peduli. Nak letak jugak, sebab takde idea.

8. Solat terawih dah mula lengang dan tinggal satu dua saf.
-Yang ni betul sangat. Aku pun tak pasti apa punca dia. Tapi aku rasa salah satu sebab orang dah malas pergi terawih sebab dorang dah get ready untuk sembahyang raya.

9. Pak cik dan mak cik mula keresahan.
-Mahu tak resah, risau duit banyak habis ni, nak bagi duit raya kat budak-budak. Habes saving bulan ni, tak masyukk. Kesian. Then, budak sekarang dah bijak. Pakcik bagi sikit, complain. Tak bagi langsung, baru padan muka! Bersyukurlah apa yang ada.

10. Takbir raya mula berkumandang.
-Kalau dah dengar takbir raya pun tak sedar-sedar lagi nak raya, kau memang tak layak sambut syawal la weyh! Kau tidur je selama sebulan pastu bangun buat muka pura-pura tak tawu yang syawal dah lepas. Tunggu je syawal akan datang. Senang.





SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
SPECIALLY TO ALL THE READERS!